Siapa sangka kanak-kanak yang baru berusia 10 tahun ini mampu melukis pelbagai jenis luka sekaligus menawarkan servis melukis luka kepada kawan-kawan mereka di sekolah dengan harga serendah 50 sen.
Anak sedara aku, Iman buat servis lukis luka kat sekolah. Pandai budak ni cari duit ? Jumlah terkumpul RM3 ? pic.twitter.com/3eEwH9f9h3
— P a P a (@atifahhhhhh) July 18, 2019
Mula menjadi viral apabila ibu saudara kepada kanak-kanak berkenaan memuat naik status dilaman twitter miliknya dan memaklumkan tentang servis yang disediakan oleh anak buahnya itu bersama dua orang lagi rakan baiknya, Qaseh dan Sakinah.

(Dari Kiri : Iman, Sakinah dan Qaseh)
Tiga sekawan ini hanya menggunakan alat warna seperti pensil warna dan magic color untuk menghasilkan lukisan luka yang diminta.
Antara hasil lukisan luka adalah seperti berikut ;
Tiga sekawan ini sebenarnya mendapat idea hasil menonton video 5-Minute Craft menerusi Facebook. Wow, cayalah adik!
Dan, rata-rata netizen kagum dengan bakat adik-adik kita yang dianggap sangat kreatif!