Trending By: Yanie Baharom March 16, 2018 @ 3:14pm

Bijak dan Popular, Ini Senarai 8 Selebriti Tempatan Yang Pernah Mendapat Keputusan Cemerlang SPM!

Tahniah diucapkan kepada semua pelajar yang mendapat keputusan cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diumumkan Kementerian Pelajaran pada 15 Mac lalu.

Semoga dengan keputusan cemerlang yang diperoleh dapat menempatkan anda di universiti terbaik sama ada tempatan mahupun luar negara sekaligus menjadi penentu masa depan juga pelapis kepada pemimpin sedia ada.

Kepada yang tidak berjaya mendapat keputusan yang baik, usah khuatir anda masih punya peluang untuk mengubah masa depan dengan melanjutkan pengajian di kolej-kolej swasta berwibawa.

Istimewa sempena bahang keputusan SPM, Hijab & Heels menyenaraikan kembali 8 selebriti dan anak selebriti yang pernah mendapat keputusan cemerlang dalam SPM! Let’s check it out!

1. Neelofa

Tahun: 2006
Keputusan: 10A
Sekolah: MRSM Langkawi

Noor Neelofa Mohd Noor, 29, atau lebih dikenali sebagai Neelofa merupakan salah seorang pelajar cemerlang dari Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Langkawi.

Memperoleh keputusan 10A pada peperiksaan SPM tahun 2006, Neelofa antara selebriti contoh yang mendapat keputusan terbaik dalam peperiksaan tersebut. Bukan setakat SPM, Neelofa turut mendapat keputusan cemerlang pada peperiksaan UPSR (5A) dan PMR (8A).

Pelakon kelahiran Pasir Mas Kelantan itu kemudiannya melanjutkan pengajian A Level di Kolej Damansara Utama sebelum menyambung Ijazah Sarjana Muda Perdagangan Asing dan Pemasaran Antarabangsa di Sunway University College, Petaling Jaya.

Foto : Instagram Neelofa

2. Mira Filzah

Tahun: 2010
Keputusan: 8A
Sekolah: SMK Aminudin Baki, Kuala Lumpur

Mira Filzah atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah binti Badioezaman, 25, merupakan bekas pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Aminudin Baki, Kuala Lumpur.

Bukan calang-calang pelajar, pelakon drama bersiri 3 Gadis Manis itu pernah memperoleh keputusan cemerlang 8A dalam SPM sekitar tujuh tahun lepas.

Foto : Instagram Mira Filzah

3.  Soo Wincci

Tahun: 2002
Keputusan: 7A, 2B
Sekolah: SMK Damansara Utama

Soo Wincci juga antara selebriti Malaysia yang mendapat keputusan cemerlang dalam SPM. Penyanyi itu memperoleh keputusan 7A, 2B dalam peperiksaan SPM ketika menuntut di Sekolah Menengah Kebangsaan Damansara Utama.

Soo Wincci merupakan pemegang ijazah doktor falsafah (PhD) dalam bidang Pengurusan Perniagaan dari Universiti Terbuka Malaysia (OUM).

Malah, dia turut menerima pengiktirafan sebagai ratu cantik Malaysia pertama yang menerima PhD oleh Malaysia Book Of Records.

Soo Wincci juga mempunyai ijazah sarjana muda dalam bidang undang-undang dari Universiti Reading, United Kingdom dan Ijazah Sarjana dalam bidang pengurusan perniagaan dari Universiti Sunshine, Coast, Australia.

Foto : Instagram Soo Wincci

4. Ezlisa Loy

Tahun: 2013
Keputusan: 7A, 2B
Sekolah: SMK Bandar Tun Hussein On 2, Cheras

Ezlisa Loy atau nama sebenarnya Nurul Ezlisa Loy Ahmad Sabri, 22, merupakan penuntut di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Tun Hussein On (2).

Ezlisa memperoleh A dalam pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan, Fizik, Agama Islam dan Sejarah manakala B dalam mata pelajaran Biologi dan Kimia.

Foto : Instagram Ezlisa Loy

5.  Janna Nick

Tahun: 2013
Keputusan: 6A, 2B
Sekolah: MRSM Pendang, Kedah

Nurul Janna Muner, 22, atau lebih dikenali sebagai Janna Nick merupakan salah seorang artis yang mendapat keputusan cemerlang dalam SPM.

Bekas pelajar Maktab Rendah Sains Mara Pendang, Kedah itu memperoleh 6A dan 2B dalam peperiksaan tersebut.

Foto : Instagram Janna Nick

6. Ayu Nazirah (Anak Nurul Wahab & Komposer Ajai)

Tahun: 2015
Keputusan: 9A
Sekolah: Sekolah Tun Fatimah, Johor

Ayu Nazirah Mohd Faizal merupakan salah seorang anak selebriti yang pernah memperoleh keputusan cemerlang dalam SPM.

Dia memperoleh keputusan A dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Pendidikan Islam, Sejarah, Matematik Tambahan, Fizik, Kimia dan Biologi manakala A+ dalam subjek Bahasa Inggeris dan Matematik.

Ayu merupakan pelajar Sekolah Berasrama Penuh Tun Fatimah (STF), Johor dan anak kepada pasangan Nurul Wahab dan Ajai. Sebagai ganjaran, Ajai telah menghadiahkan anak perempuannya itu sebuah kereta.

Foto : Instagram Ayu_ Ace

7. Ammar Effendy (Anak Rozita Che Wan)

Tahun: 2013
Keputusan: 9A
Sekolah: Kolej Yayasan Saad, Melaka

Sudahlah kacak, pandai pula tu. Pastinya pelakon Rozita Che Wan amat bebrbangga dengan pencapaian anak sulungnya Ammar Effendy yang berjaya mendapat keputusan cemerlang di dalam SPM iaitu 9A.

Subjek A yang dioleh Ammar adalah  bagi mata pelajaran Matematik, Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Sains, Agama Islam, Sejarah, Ekonomi, Geografi dan Akaun.

Pelajar Kolej Yayasan Saad, Melaka itu kemudiannya melanjutkan pengajian dalam bidang Pengurusan dan Perniagaan di kampus Universiti Nottingham, Semenyih. Sempena kecemerlangan itu, ibunya telah menghadiahkan sebuah kereta jenis BMW.

Foto : Instagram Ammar Effendy

8. Najwa Latif

Tahun: 2012
Keputusan: 4A
Sekolah: SMK (P) Temenggong Ibrahim, Johor

Najwa Latif merupakan pelajar aliran Sains Tulen Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) (P) Temenggong Ibrahim, Johor telah memperoleh 4A dalam peperiksaan SPM 2012.

Penyanyi Cinta Muka Buku itu mendapat A dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam dan Matematik serta lulus dalam enam mata pelajaran lain.

Foto : Instagram Najwa Latiff

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sun, 18 Jun 2023
Featured Sat, 27 Aug 2022

Babitkan 11 Pertuduhan Gangguan Seksual, Ebit Lew Bakal Dibicara Bulan Depan

Appaun, jangan menghina kerana kita tidak tahu apa yang berlaku. Tunggu saja perbicaraan kes nanti okay!

Cahaya Mata Tue, 9 Nov 2021

Gara-Gara Teruja, Syamel Umum Jantina Anak Sulung… Bakal Timang Baby Girl!

Penyanyi Syamel secara tidak sengaja mendedahkan jantina anak sulungnya yang dijangka lahir pada Mac 2022 kerana terlalu teruja untuk membuat persembahan di atas pentas. Syamel atau nama sebenarnya Syamel Aqmal Mohd Fodzly, 28, mengumumkan dia […]

Trending Tue, 19 Jan 2021
Trending Tue, 31 Aug 2021

Dirawat di Hospital Ampang, Aishah Positif Covid-19

Penyanyi Aishah, 56, atau nama sebenarnya, Wan Aishah Wan Ariffin disahkan positif Covid-19 semalam. Kini dirawat di Hospital Ampang, Aishah mula mengalami gejala seperti demam panas dan semput. Selepas menjalani ujian saringan Covid-19, Aishah disahkan […]

Featured Wed, 12 Oct 2022
Hiburan Wed, 12 Oct 2022