Categories: FeaturedTrending

Bila Boleh Rentas Negeri? Ini 6 Faktor Penilaian Risiko Oleh KKM

Bulan Ramadan dan Syawal bakal menjelang tiba dan pastinya ramai yang tidak sabar untuk pulang ke kampung halaman.

Walaupun sekatan rentas negeri masih belum dibenarkan di antara kawasan hijau, namun adalah tidak mustahil untuk orang ramai diberi kebenaran untuk pulang ke kampung menyambut kemeriahan Aidilfitri kelak.

Menurut Kementerian Kesihatan (KKM) , kebenaran tersebut adalah bergantung kepada penilaian risiko iaitu melihat situasi jangkitan semasa dan keberangkalian penularan jangkitan menjadi lebih teruk atau sebaliknya.

Berikut merupakan enam faktor yang menjadi indikator KKM:

1. Situasi kes harian termasuk kes yang sudah sembuh dan dibenarkan pulang

2. Trend dan kadar kebolehjangkitan

3. Situasi semasa iaitu kadar kematian dan jumlah kes kematian

4. Keupayaan katil dan wad Unit Rawatan Rapi (ICU) di hospital

5. Situasi semasa petugas kesihatan yang dijangkiti dan

6. Ujian saringan yang dijalankan di lapangan, saringan penyakit seperti influenza (ILI), jangkitan pernafasan akut teruk (SARI) dan persampelan prapembedahan serta kemasukan ke wad.

Perkara itu dimaklumkan KKM menerusi kemas kini di akaun Facebook rasminya hari ini.

Terdahulu, Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata sekiranya trend penurunan kes harian COVID-19 berterusan, kemungkinan rentas negeri boleh dibenarkan dengan penilaian risiko daripada KKM dan rakyat boleh pulang beraya di kampung, tahun ini.

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”