Categories: Trending

“Billboard” Di Amerika Papar Cara Berdepan Ancaman Wabak Ikut Nasihat Hadis Nabi

Sebuah papan iklan di daerah Chicago, Amerika Syarikat dilaporkan telah memaparkan hadis nabi Muhammad S.A.W sebagai nasihat untuk mencegah penularan wabak Covid-19 yang sedang melanda dunia ketika ini.

Mereka telah merangkumkan tiga nasihat Rasulullah S.A.W iaitu kerap membasuh tangan, jangan tinggalkan kawasan yang dijangkiti wabak serta dilarang memasuki ke dalam kawasan dijangkiti menerusi papan iklan daripada Gain Peace di AS.

Papan iklan yang mengandungi intipati hadis Nabi Muhammad S.A.W ini berhubung kait dengan pesanan baginda berdepan wabak yang telah diriwayatkan Imam Bukhari dan Imam Muslim,

لَا يُورِدَنَّ مُمْرِضٌ عَلَى مُصِحٍّ

Maksudnya: “Yang sakit janganlah mendatangi yang sihat.” (Hadis riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim)

Baginda juga memerintahkan sesiapa yang berada di dalam kawasan yang mempunyai wabak tidak keluar daripada kawasan tersebut. Golongan yang sihat juga dilarang untuk memasuki kawasan yang mempunyai wabak.

Hadis berusia lebih 1400 tahun dijadikan sebagai nasihat pada hari ini

Hadis Nabi Muhammad S.A.W yang berusia lebih 1400 tahun ini dilihat bersesuaian dengan garis panduan pertubuhan kesihatan di seluruh dunia untuk mencegah penularan wabak Covid-19.

Ekoran penularan wabak ini masih belum boleh diputuskan, langkah-langkah bagi memutuskan wabak ini telah dilakukan di suluruh dunia. Hal ini termasuk lah dengan tidak mengadakan sebarang perjumpaan di luar.

Perkara ini sedikit sebanyak memberi kesan kepada umat Islam di seluruh dunia lebih-lebih lagi kita sedang menyambut bulan Ramadan ketika ini.

Sumber: english.alaraby.co.uk

Aisyah Badrul

Shes got a 70s head but shes a modern lover