Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memaklumkan bahawa pencarum yang telah membuat permohonan bagi kemudahan i-Sinar bagi Kategori 2 boleh menyemak status bayaran dan kelulusan bermula 8 Mac 2021.
Kelulusan automatik bagi kemudahan i-Sinar juga akan diberikan kepada permohonan yang dibuat selepas daripada tarikh tersebut.
Ianya dibuat selepas pengumuman oleh Menteri Kewangan pada 11 Februari 2021 mengenai pemansuhan kriteria i-Sinar bagi permohonan Kategori 2 yang membolehkan pencarum dapat mengeluarkan Akaun 1 mereka tanpa syarat.
Jumlah pengeluaran bagi kemudahan i-Sinar Kategori 2 adalah seperti berikut :
Bagi Pembayaran Interim yang dilakukan oleh KWSP sebelum ini iaitu sebanyak RM1,000 akan dimasuhkan disebabkan pemansuhan syarat dan kriteria i-Sinar bagi Kategori 2.
Justeru itu, pemohon yang tidak menerima bayaran interim akan menerima pembayaran penuh mereka seperti yang dipohon seperti berikut ;
Bagi pencarum yang ingin membuat semakan dan mengetahui tarikh pembayaran bolehlah mengikuti langkah-langkah di bawah;
Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai kemudahan i-Sinar ini, bolehlah terus menghubungi talian rasmi KWSP, atau layari www.kwsp.gov.my
Mira Filzah tenang balas tuduhan netizen isu #blackout2024
😂 Welcome to the club, Ubai 🤪
Alhamdulillah
Fuhh, banyak tu RM50 k! 🤩
Haa teguran untuk apa tu?