Trending By: SGMS Enal January 4, 2020 @ 12:03pm

Bom Mortar Lama Ditemui Di Kebun Serting Hilir 2

Sebutir bom mortar lama jenis 81 milimeter, ditemui di kawasan kebun Serting Hilir 2, Jempol, semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Jempol DSP Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata bom itu dijumpai oleh orang awam yang sedang memotong rumput di kawasan kebun berkenaan.

“Polis menerima satu panggilan daripada seorang anak peneroka Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) pada kira-kira pukul 12.35 tengah hari yang memaklumkan berhubung penemuan itu.

“Setibanya di kawasan berkenaan, polis mengesahkan mengenai penemuan bom itu dan terus memaklumkan kepada Unit Pemusnah Bom Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan untuk ke tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata bom itu berjaya dimusnahkan pada 4.27 petang semalam dalam keadaan selamat.

— BERNAMA

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 1 Nov 2018
Featured Thu, 22 Jul 2021

Bantuan RM 500 Selama 3 Bulan Masih Dibuka Untuk OKU, Jom Mohon!

Menerusi Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH), kerajaan memberikan bantuan kewangan RM500 seorang untuk tempoh tiga bulan, bagi membantu golongan kurang upaya yang kehilangan pekerjaan atau ketiadaan kerja, serta bukan dalam kalangan penerima bantuan Elaun […]

Featured Tue, 7 Sep 2021

Hampir 69 Peratus Populasi Dewasa Lengkap Vaksinasi Setakat Semalam

Sebanyak 68.8 peratus atau 16,107,712 individu daripada populasi dewasa di negara ini telah melengkapkan suntikan vaksin COVID-19 setakat semalam, menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV). JKJAV menerusi perkongsian infografik di laman Twitter […]

Featured Fri, 17 Mar 2023
Drama Tue, 16 May 2023
Featured Thu, 13 Oct 2022
Featured Wed, 10 Mar 2021

Peminat Dakwa Nampak Baby Bump, Elfira Loy Dikhabarkan Hamil Anak Kedua?

Dengar kata, Rayyan bakal dapat adik.. Betul ke?

Featured Tue, 29 Aug 2023