Categories: Trending

Bosan Dengan Kisah Curang & Penyondol, Uyaina Lancar Buat Luahan Dalam Bahasa F… Netizen Komen: “Pandai Cakap Sepanyol”

Pelakon dan pengacara Uyaina Arshad tampil meluahkan rasa bosannya dengan berita yang melibatkan isu curang dan kisah penyondol yang hangat diperkatakan sejak kebelakangan ini.

Perkara itu telah diluahkan oleh Uyaina menerusi sebuah hantaran di TikTok, semalam.

Menurut Uyaina, setiap kali dia membuka media sosial pasti akan terlihat berita mengenai kontroversi yang masih belum menemui titik noktahnya itu.

Lebih mencuri perhatian, Uyaina telah meluahkan rasa kesalnya itu menggunakan bahasa F.

“Saya kan dah bosan dengan berita yang sama. Asyik-asyik cerita pasal penyondol. Asyik-asyik berita pasal curang. Asyik-asyik cerita pasal rumah tangga orang. Bila nak habis ni? Berapa ratus episod ni?

“Pelik akulah. Buka Instagram cerita yang sama. Buka TikTok, cerita yang sama, buka X pun cerita yang sama. Tahun bila nak habis ni? Penatlah, okaylah baik buka content baca quran. Lebih bagus kan?,” katanya.

@uyaina.arshadBo fo san fan ta fa hu fu tak fakkkkk 🥵 Bila nak habis niiiii 🫠

♬ original sound – UyainaArshad

Kagum dengan kelancarannya berbahasa F, rata-rata warganet memuji dan menyokong kenyataan pelakon itu di ruangan komen.

 

Fatin Nurain