Trending By: Salma Syahbuddin February 4, 2021 @ 11:30am

BPN 1.0 & BPN 2.0 Ringankan Beban Rakyat

Penerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN) mengakui bersyukur dengan bantuan yang diberikan oleh pihak kerajaan, terutamanya dalam tempoh yang paling sukar susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Justeru itu, sejak Januari lalu, bayaran dana berjumlah RM2.38 bilion telahpun dikreditkan ke akaun 10.2 juta penerima sedia ada, yang mana suntikan dana berkenaan akan membantu memberi kelegaan kewangan golongan terjejas.

Manakala, pada 25 Januari 2021, kira-kira 750,000 penerima tanpa akaun bank mula menerima BPN 2.0 dari cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) seluruh Semenanjung.

Dan, langkah kerajaan mempercepatkan pembayaran BPN 2.0 itu amatlah membantu memperbaiki aliran tunai keseluruhan 11.06 juta penerima daripada kalangan bujang dan berkeluarga B40 dan M40.

Sekaligus, gerak kerja mempercepatkan bayaran bantuan ini sejajar matlamat Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) bernilai RM15 bilion diumum 18 Januari lalu.

 

“Sangat terjejas sebab kebanyakan bil saya yang bayar. Dengan pendapatan yang tak seberapa, ia juga diguna untuk membeli keperluan bayi dan membayar sewa rumah. Isteri hanya bekerja sebagai kerani. Alhamdulillah, dengan BPN yang saya terima dapat saya gunakan untuk jelaskan bayaran tertunggak,” Mohd Faiz Zakaria.

“Walaupun hanya menerima bantuan berjumlah RM350 bagi kategori bujang B40 pusingan pertama, bantuan itu amat bernilai dalam usahanya memenuhi tempahan pembeli. Saya berterima kasih atas keprihatinan kerajaan memperkenalkan BPN untuk membantu rakyat yang terkesan berikutan pelaksanaan PKP,” Angah Safaruddin.

Sementara itu, pekerja kedai kasut, Wan Iskandar Wan Mamat, 41, dari FELDA Tengkawan, Kuala Berang berkata, beliau akan menggunakan sepenuhnya wang itu untuk membeli barangan keperluan harian.

Katanya, bantuan BPN sebanyak RM1,000 itu sangat bermakna buatnya bagi meneruskan kelangsungan hidup, selepas diarahkan bekerja secara bergilir dua minggu sebulan berikutan pelaksanaan PKP.

“Bantuan ini sekurang-kurangnya meringankan beban untuk membeli barang dapur,” katanya.

Apapun, bantuan yang diberikan oleh kerajaan ini adalah demi membantu dan meringankan beban rakyat terutama dalam menghadapi krisis Covid-19 di negara kita.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 23 May 2023
Drama Thu, 6 Jan 2022

Lebih Mudah Untuk Aiman Hakim Ridza Dapatkan Keserasian Bersama Hannah Delisha Dalam 28 Hari Mencari Cinta

Drama slot Lestary 28 Hari Mencari Cinta sudah mula ditayangkan bermula 23 Disember lalu dan ia kembali menggandingkan Aiman Hakim Ridza dan Hannah Delisha. Drama 15 episod ini mengisahkan tentang watak Faisal yang dilakonkan oleh […]

Trending Mon, 21 Dec 2020
Featured Sun, 7 May 2023

Dikritik Hina B40, Ryzal Ibrahim Takkan Mohon Maaf! Minta Netizen Sedar Diri – “Ramai B40 Nganjing T20, Ok Je..”

“Simple content. Sedar diri.. Jangan dah hujung bulan pinjam duit orang tak bayar” – Ryzal Ibrahim

Trending Tue, 3 Apr 2018

Tarian Alien Hijau Buat Dame Tu Cosita Tular, Caras Populariti Lagu Panama

Apa yang menariknya, selain irama yang menangkap, muzik video lagu Dame Tu Cosita turut mempamerkan aksi lucu alien berwarna hijau menari mengikut tempo.