Trending By: Padin November 14, 2021 @ 8:33am

Buat Kejutan Umum Nikah Jumaat Depan, Gadis 19 Tahun Pilihan Haqiem Rusli

Penyanyi Haqiem Rusli membuat kejutan di pentas Anugerah Bintang Popular BH ke-34 (ABPBH 34) dengan mengumumkan tarikh dia menamatkan zaman bujang ketika berucap selepas kemenangannya menerusi kategori Penyanyi Lelaki Popular.

Memilih gadis berusia 19 tahun, Haqiem bakal menamatkan zaman bujang pada Jumaat hadapan, 19 November 2021.

“Syukur Alhamdulillah atas kemenangan ini. Saya mahu mengumumkan sesuatu. Insya-Allah, saya bakal mendirikan perkahwinan pada minggu depan, 19 November. Jadi, saya mohon doa yang baik-baik.

“Saya bakal bernikah pada waktu petang dan malamnya pula resepsi kecil-kecilan akan diadakan mengikut prosedur. Persiapan semuanya dah dibuat dan saya rasa agak gementar,” katanya.

Mengakui penyatuan mereka bakal melengkapi hidupnya, Haqiem mendedahkan gadis itu merupakan rakan bisnesnya.

“Dia merupakan rakan bisnes saya di Santhai D’Village. Dia bos besar, manakala saya pula hanya duta sahaja pada mulanya. Apabila kami berkenalan dan berjumpa, apa salahnya kami sama-sama berbisnes menjadi rakan kongsi.

“Akhirnya, kami mula rapat dan rasa itu timbul. Saya sangat menyenangi personaliti dia. Dia melengkapi saya dan banyak mengubah saya ke arah kebaikan,” katanya.

Mempertahankan kemenangan kategori Penyanyi Lelaki Popular, Haqiem berterima kasih kepada peminat yang sentiasa menyokong.

“Biarpun sebelum ini saya sudah memberitahu yang saya bakal berkahwin, mereka tetap menyokong saya. Ini menjadi tanda yang mereka memberi sokongan terhadap karier saya tak kiralah apa status saya. Terima kasih atas budi baik peminat yang tak putus-putus memberikan sokongan,” katanya lagi.

Foto: Instagram TV3 & Rizman Ruzaini

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 6 May 2019

Mimpi Gaung Api Dan Hari Kiamat, Youtuber Ini Kongsi Kisah Penghijrahan Ramadhan

wanita ini mengakui pernah bermimpi kejadian aneh seperti peristiwa hari kiamat dan bermimpi seakan dirinya jatuh ke dalam gaung api

Featured Thu, 13 Oct 2022
Featured Mon, 14 Jun 2021

Selepas 8 Tahun, Zara Zya & Azlee Khairi Kembali “Bercinta” Dalam….

Drama Love Your Mr Arrogant lakonan Zara Zya dan Azlee Khairi yang menaikkan nama dua pelakon itu  kini kembali menemui penonton pada 10 Jun ini. Drama tersebut mencecah rating tertinggi ketika ditayangkan sekitar tahun 2013 […]

Featured Fri, 21 Oct 2022