Trending By: Ad Ops December 11, 2018 @ 11:00am

Budak 10 Tahun Ini Perlu Sign Kontrak Untuk Dapatkan iPhone Daripada Ibu Bapanya

Ingat tak masa kecil-kecil dulu? Kalau kita nak beli sesuatu barang mainan, kita mesti kena buat kerja rumah untuk kumpul duit.

Samalah kesnya dengan budak perempuan Malaysia yang bernama Yasmine ini. Dia baru berumur 10 tahun dan ibu bapanya nak hadiahkan sebuah iPhone kepadanya.

Yasmine boleh terima dan gunakan telefon pintar ini tapi ada syarat-syaratnya dan dia juga kena sign sebuah kontrak!

8 Disember lalu, kakak Yasmin, Farha telah berkongsi kisah ini di laman Twitter tentang bagaimana Yasmine telah diminta untuk baca terma dan syarat kontrak tersebut sebelum menandatanganinya supaya dia boleh dapatkan telefon itu.

“Kontrak ini telah dirangka dua kali berdasarkan nasihat oleh 3 orang untuk memastikan termanya munasabah,” tulis Farha.

“Saya juga ingin tambah di sini yang (Yasmine) selalunya perlu menabung untuk dapatkan apa yang dia inginkan seperti buku dan alat tulis.

“Dia pernah menabung selama 2 tahun untuk belikan Nintendo Switch dan dia telah dapat duit itu daripada kerja-kerja mop lantai, vakum dan cuci baju kotor.

Semua benda ada harganya, dan dalam kes ini, Yasmine perlu menandatangani kontrak dengan tajuk ‘One Year Renewable Phone Loan’ dengan 12 terma dan syarat yang dinyatakan di bawah:

  1. Saya akan tunaikan solat Subuh
  2. Saya akan cas telefon hingga penuh dan cabut plugnya serta-merta selepas itu
  3. Saya takkan sesekali biarkan bateri telefon ini mati, kerana ia akan menjejaskan prestasinya
  4. Saya takkan sesekali gunakan telefon Mak dan Ayah
  5. Saya takkan sesekali bawa telefon ke bilik air
  6. Saya takkan sesekali bawa telefon ke sekolah
  7. Saya takkan sesekali gunakan telefon di meja makan
  8. Minta kebenaran sebelum memuat naik sebarang aplikasi
  9. Saya bertanggungjawab terhadap sebarang penggunaan data. Saya takkan minta penambahan jika dah habis, melainkan ia dihadiahkan kepada saya
  10. Saya akan baca Quran setiap hari atau minimum 6 kali seminggu
  11. Saya takkan menelefon rakan-rakan ketika keluar bersama keluarga
  12. Saya akan selalu menghadiri kelas tuisyen

Fuuuh!

Jika Yasmine melanggari kontrak ini, iPhone tadi akan dipulangkan kepada ayahnya Saiful Bahar Mahfudz.

Jika anda ingat kontrak ini hanya main-main, anda silap. Farha berkata melalui pengalamannya sendiri, “Penguatkuasaan boleh berlaku dan ia memang susah.

“(Ibu bapa saya) telah merampas dan menyimpan laptop saya selama beberapa bulan selepas saya melanggari beberapa terma ketika saya remaja dulu.” Keluarga ini memang mengikuti undang-undang betul-betul, nampaknya.

Walaupun kisah si Yasmine ini berbunyi comel, ia mungkin tetap akan mengundang komen-komen negatif daripada para netizen yang berpendapat bahawa Yasmine ini dimanjakan.

Untuk itu, Farha menekankan yang ibu bapa mereka lebih rela biarkan anak-anak mereka buat apa yang mereka mahu di rumah daripada mereka melepak di luar.

“Setiap ibu bapa mempunyai cara membesarkan anak tersendiri, jadi saya harap anda semua boleh bersikap terbuka,” tulis Farha.

Sumber: World Of Buzz, Twitter Farha Saiful

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 21 Sep 2022

[VIDEO] Netizen Dakwa Aktor Terkenal Mabuk Di Kelab Malam, Klip Cium GF Orang Viral?

Alamak, siapa pelakon lelaki yang disebutkan tu? Kemain galak lagi 🤭 Tacoddd 🥵

Featured Wed, 13 Oct 2021

Terjejas Akibat Pandemik, Forum Perniagaan PKS BH Bantu Usahawan

Kegiatan ekonomi di Malaysia jelas terkesan sejak wabak Covid-19 melanda terutama terhadap Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS). Ketika negara kita telah memasuki fasa endemik, sedikit sebanyak memberi sinar baru kepada para usahawan PKS. Terdapat hampir […]

Cahaya Mata Sat, 27 Aug 2022

Kagum Lihat Perkembangan Fatima! Fazura Akui Cerewet Pilih Pemakanan Anak & Hadkan Gajet

Setiap ibu mesti nak kan yang terbaik untuk anak-anak, macam tu jugak dengan Fazura 😊

Featured Sat, 28 Jan 2023
Trending Mon, 4 Jun 2018

Mulut Tempayan Punya Hal, Selebriti Tak Diundang Ke Perkahwinan Meghan Markle

Putera Harry jarang memberitahu Meghan apa yang perlu dilakukan tapi kali ini, dia tegas dengan pendiriannya terhadap Millie.