Trending By: Padin April 21, 2021 @ 10:30am

Buka Restoran Kala Pandemik Melanda, Haziq Hussni Percaya Dengan Ketetapan Rezeki

Pengacara dan penyampai radio Hot FM, Haziq Hussni yang baru sahaja membuka perniagaan restoran percaya dengan ketetapan rezeki.

Membuka restoran Jom Kono di SS15 Subang Jaya kala pandemik, Haziq percaya dengan kualiti makanan yang disediakan.

“Restoran ini dikendalikan oleh saya dan adik, Raziq. Ramai tanya kenapa kami memilih untuk membuka restoran di zaman pandemik. Kami percaya dengan rezeki Allah.

“Tak kisahlah masa bila pun yang kami pilih untuk membuka bisnes, kalau orang suka, orang akan datang cuba makanan kita. Saya dan Raziq selalu mementingkan kualiti.

“Kalau kualiti makanan dijaga, tak kisahlah pada masa apa sekali pun, orang tetap akan suka dan memilih untuk singgah ke restoran kita,” katanya.

Dedah Haziq, idea untuk restoran Jom Kono ini juga terjadi secara spontan.

“Idea datang secara tidak diduga. Pada mulanya, ada kedai yang nak dijual di SS15. Saya dan Raziq terus berbincang untuk membeli kedai tersebut.

“Akhirnya semuanya dipermudahkan dan urusan pembelian berjalan dengan lancar. Kedai sudah dibeli dari bulan November 2020.

“Jom Kono sudah mula beroperasi pada 2 Februari 2021. Sebenarnya, kami mencuba nasib membuka restoran ketika Perintah Kawalan Pergerakan 2 (PKP 2.0) dijalankan.

“Alhamdulillah, ia dilancarkan secara rasmi pada 3 April lepas. Lebih daripada 50 makanan dan minuman yang sedap dan lazat yang boleh pengunjung cuba,” katanya lagi.

Dalam perkembangan lain, Haziq yang mengendalikan segmen Jam Hot bersama Deen dan Fad pada setiap Isnin hingga Jumaat, jam 4 petang hingga 8 malam di Hot FM ini juga sibuk dengan aktiviti seni lain seperti pengacaraan.

Haziq mengacarakan program Borak Kopitiam setiap Sabtu dan Ahad dan program Sembang Sahur yang disiarkan di TV3.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 29 Nov 2023
Filem Thu, 3 Nov 2022

Berang Dahi Disamakan Dengan Padang Bola, Respons Sajat Buat Netizen Ketawa!

Usahawan kontroversi, Nur Sajat sekali lagi mencuri perhatian warganet apabila tular sebuah video dirinya tidak berpuas hati terhadap seorang wargamaya yang menegur keadaan dahinya. @sajatofficialtiktok DAHI SAJAT 3 JELA! DAHI KORG BERAPA ? #sajat #fyp […]

Hiburan Tue, 12 Sep 2023
Featured Thu, 27 Oct 2022

Tampilkan Zul Huzaimy Sebagai Hero, Daddyku Gangster Angkat Kisah Samseng Jaga 2 Kanak-Kanak

Boleh dikatakan nashkah yang mengangkat kisah tentang gangsterism sudah banyak dihasilkan oleh pembikin-pembikin filem tempatan. Bagaimanapun, filem yang bercorak sedemikian masih lagi mendapat tempat dan cukup diminati untuk menarik penonton ke pawagam. Penerbit filem Daddyku […]

Featured Tue, 8 Nov 2022

Ara Johari Lancar Single Terbaharu ‘Pasti Tiba’

Sebut sahaja nama penyanyi wanita tanah air yang mempunyai kelantangan vokal dan bakat tersendiri, salah seorang semestinya Ara Johari. Terkenal dengan lagu balada, kini dia sekali lagi muncul dengan single terbaharunya berjudul ‘Pasti Tiba’ hasil […]

Featured Thu, 15 Jun 2023
Trending Thu, 4 Nov 2021

Pengalaman Cinta Terkandas Jadi Inspirasi Dr Hafiz Zainal

Pembabitannya pada program realiti popular tahun lalu membuka ruang buat penyanyi Dr Hafiz Zainal untuk lebih dikenali. Biarpun tidak bergelar finalis, Dr Hafiz, 29, atau nama sebenarnya Muhammad Hafiz Zainal tetap mampu berbangga dengan apa […]