Drama terbaru bersiri Takdir Yang Tertulis nampaknya semakin berjaya mendapat impak di hati para penonton walaupun baru sahaja beberapa minggu ditayangkan.
Drama yang kini ditayangkan di episod kesembilan menerima pelbagai reaksi daripada penonton di laman Twitter.
Menerusi satu perkongsian Twitter oleh Alvin Chong yang melakonkan watak Ean, Alvin sempat memuatnaik sedutan episod yang menunjukkan Ean meratapi memorinya bersama Ruhila (Elvina Mohammad).
Alvin turut menulis kapsyen “Ean tak boleh move on lagi, bodoh ke kau” dan rata rata penonton membalas ciapan tersebut dengan mempertahankan watak Ean.
Malah, ada segelintir yang turut sama memahami perasaan Ean yang begitu kecewa dengan apa yang berlaku antara dirinya dan Ruhila.
Ean tak leh move on lagi, bodoh ke kau #takdiryangtertulis pic.twitter.com/ybUL7ZtxjQ
— Alvin Chong (@Alvinchong123) February 4, 2021
Bukan bodoh tp it was just triggered memory..We are all guilty of imagine the what ifs and what could have been..Bertabahlah! #takdiryangtertulis
— Maya Abdul Aziz (@mayaaziz) February 4, 2021
Agak2 Ean ni ambik kesempatan dekat Juweta jugak ke? Semalam ckp dah move on!
— mim (@thepinkyyco) February 4, 2021
sedihnyaaa scene nii, Ean & Juweta dedua sedih & sakit tengok orang dia sayang bahagia dengan orang lain :') *prepare tisu sekotak malam ni.
— فرزا (@_faarzzanaa) February 4, 2021
Nampaknya plot drama ini semakin hari semakin membuatkan ramai tak keruan. Apapun, kalau korang nak tahu kesudahan konflik antara Ean, Ruhaila dan Juwita jangan lupa saksikan Takdir Yang Tertulis di slot Samarinda Hari Isnin hingga Khamis pada jam 10 malam hanya di TV3.