Trending By: Khairil Khusyairi August 28, 2022 @ 8:19pm

“Bukan Gimik Murahan” – Zara Zya Perjelas Status Dengan Shuib

Minggu lalu, pelakon Zara Zya dan pelawak Shuib sekali lagi menjadi tumpuan netizen apabila masing-masing memuat naik satu rakaman video yang menimbulkan tanda tanya peminat tentang status mereka.

Terbaharu, Zara atau nama sebenarnya Zainurul Razia Mohd. Zainuddin menjelaskan foto yang dimuat naiknya bukanlah sekadar gimik murahan untuk promosi perniagaan tetapi hanya sekadar memenuhi keinginan peminat.

“Saya muat naik gambar sendiri bersiap cantik-cantik tetapi hanya mendapat beberapa sahaja tanda suka sedangkan ada berjuta pengikut di Instagram.

“Lagipun berbeza pula apabila memuat naik gambar atau video yang mempunyai cerita. Mereka akan menonton dan memberi komen kerana kalau tiada cerita mereka tidak akan tengok,” katanya.

Disoal mengenai hubungannya bersama Shuib, Zara menyifatkan usahawan itu seorang lelaki yang baik dan sering memberi sokongan kepada rakan artis lain.

“Dia baik dan kami juga pernah bekerjasama sebelum ini tetapi itu dulu dan sudah lama perkara itu berlaku, ujarnya.

Terdahulu, rata-rata netizen merestui seandainya Zara dan Shuib berjodohan selepas perkongsian mereka mengenai perniagaaan di laman Instagram mengundang pelbagai persoalan.

Sumber: Gempak

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 22 Mar 2022

Didakwa Tiada Rasa Empati, Netizen Berang Dr. Sheikh Muszaphar Beri Tips Pujuk Isteri Tambah Anak

Ada segelintir netizen yang terkesan sehingga berkata Dr. Sheikh Muszaphar tidak pernah rasa sakit bersalin.. Apa kes ni?

Trending Mon, 12 Aug 2019
Featured Fri, 23 Dec 2022
Featured Thu, 16 Mar 2023
Featured Tue, 28 Feb 2023
Hiburan Tue, 2 Apr 2024