Categories: Trending

Bunga Citra Lestari Dijangkiti Covid-19 Selepas Balik Bercuti

Penyanyi dan pelakon terkenal Indonesia, Bunga Citra Lestari dijangkiti virus Covid-19 selepas pulang dari percutian.

Menerusi hantaran yang dikongsi oleh Bunga di laman Instagram miliknya, pelantun lagu Cinta Sejati itu sedang menjalani isolasi kendiri selepas mendapat tahu dirinya positif wabak terbabit.

“Saya baru mendapat keputusan ujian hari ini dan disahkan positif Covid-19.

“Sekarang saya sedang menjalani isolasi kendiri dan insya-Allah, saya akan pulih seperti sediakala.

“Saya menasihatkan orang ramai untuk sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga, kekal selamat dan sihat. Jaga diri sendiri dan yang tersayang serta tingkatkan imunisasi badan anda,” tulis Bunga.

Di ruangan komen, rakan-rakan selebriti serta peminat menitipkan doa agar isteri kepada Allahyarham Ashraf Sinclair ini lekas sembuh seperti sebelum ini.

Pada awal Jun lalu, Bunga pernah berkongsi aktivitinya bercuti di kepulauan Bali, Indonesia.

Padin