Trending By: Yanie Baharom November 20, 2018 @ 9:00am

Busana Pengantin Doreamon Bikin Lelaki Ini Tular!

Rasa lucu dan nak tergelak pun ada. Mana tidaknya, sepanjang hidup inilah kali pertama penulis melihat pengantin lelaki berbaju Melayu bermotifkan kartun Doreamon lengkap bersamping dan bertanjak! Kreatif betul!

Selain Doreamon iaitu watak robot kucing jantan, karakter utama lain seperti Nobita, Shizuka, Suneo dan Giant turut menghiasi busana pengantin yang digayakan pemuda berkenaan.

Namun gambar-gambar yang dimuat naik di laman sosial Facebook miliknya, hanya memaparkan dia bergambar sendirian di atas pelamin tanpa pasangannya, sehingga menimbulkan tanda tanya dalam kalangan netizen.

Pengantin lelaki berkenaan, Mohd Firdaus Mohd Ali, 33, berkata, dia merupakan peminat tegar Doraemon sejak kecil kerana jalan ceritanya yang menarik dan menghiburkan terutama ketika dilanda masalah.

“Bukan minat tengok kartun saja, tapi saya juga membaca komik serta mempunyai pelbagai barangan Doraemon seperti baju, tuala, bantal dan selimut.

“Jadi, saya memilih konsep Doraemon untuk baju pengantin bagi majlis persandingan kami di sebelah pengantin perempuan di Kota Bharu, semalam (Jumaat),” katanya.

Disebabkan kesibukannya sebagai usahawan kosmetik, Mohd Firdaus berkata, mereka hanya menetapkan konsep baju pengantin kira-kira sebulan sebelum majlis persandingan.

Tambah anak kelahiran Kota Bharu, Kelantan ini, kain bercorak Doremon itu telah dibeli di Jakarta pada Disember tahun lalu, dan mencadangkan kepada bakal isterinya untuk dijadikan sebagai busana pengantin.

“Pada awalnya, baju pengantin Doraemon ni dirancang untuk pakai semasa sesi fotografi saja. Tapi, kira-kira lima hari sebelum majlis kahwin, saya cakap dengan tunang yang saya mahu pakai baju ni di atas pelamin.

“Dia memang tak nak, katanya malu nanti orang kata macam-macam. Tapi, saya pujuk dia, saya kata ‘kalau you sayangkan I, pakai kejap pun tak apa’.

“Walaupun dalam keadaan terpaksa, tapi dia kata boleh untuk buktikan cinta dia pada saya,” katanya yang bersanding selama kira-kira sejam pada Jumaat.

Sumber: mStar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 29 Mar 2021
Events Thu, 16 Jun 2022

[VIDEO] Kini Lebih Selektif, Fattah Amin Tolak Banyak Tawaran Berlakon Kerana…

Saya mementingkan kualiti berbanding kuantiti lakonan – Fattah Amin

Trending Fri, 18 May 2018

「青菜+锅子」变身范冰冰!泰国超低成本Cosplay女神

每次看到女明星穿上华丽的礼服,都好羡慕吗?想要尝尝变成女神的感觉,你可以自己做!

Drama Tue, 19 Mar 2024
Trending Mon, 21 Oct 2019