Trending By: Padin December 26, 2020 @ 3:24am

Cakra Khan Kongsi Cerita Tentang Hidup, Cinta, Salah & Baik Dalam….

10 tahun merencana kerjaya dalam bidang seni, penyanyi terkenal Indonesia, Cakra Khan mengakui pernah mengalami kisah duka, pahit dan jerih seperti lagu-lagu hits yang pernah dinyanyikan.

Pengalaman pahit yang dilaluinya menjadikan Cakra seorang insan yang kuat dan semakin kendiri.

Suara emas yang dimilikinya disertai dengan penghasilan yang tidak pernah putus, membuatkan namanya tidak pernah luput dan lagu-lagunya sering kali ditunggu-tunggu kemunculannya oleh peminat setianya.

Segala yang dilalui oleh Cakra selama sedekad, banyak mengajar dirinya tentang hidup, cinta, salah dan baik.

Seperti lagu terbaharu beliau yang bertajuk ‘Salah Tapi Baik’ yang menjadi penutup bagi tahun 2020 dalam kisah 10 tahun perjalanannya.

“Ada bahagia tapi tak bersama” merupakan salah satu bait lirik yang terdapat dalam lagu ‘Salah Tapi Baik’. Sebuah lagu yang menyentuh hati tentang pengalaman yang mendewasakan dan kematangan diri.

Membawa maksud bahawa tidak semua perkara itu tidak baik, kerana rindu dan doa adalah perkara yang baik.

Ketika ditemuramah, Cakra mengaku bahawa beliau sangat bangga dan terharu diberi kepercayaan membawakan lagu ini.

“Lagu ini merupakan hadiah daripada tiga individu penting yang menjadi saksi perjalanan hidup saya dalam bidang seni dari hari pertama lagi iaitu William Chow, Putri Rahartana dan sahabat karibnya, Ade Govinda.

“Ini adalah karya paling istimewa sepanjang kerjaya saya, bukan hanya indah, lagu ini sangat dekat dengan perasaan dan hati saya,” kata Cakra.

‘Salah Tapi Baik’ merupakan sebuah lagu easy listening yang dicipta secara minimal, di mana tumpuan diberikan pada liriknya yang kuat dan mempunyai maksud yang mendalam.

Melodinya dicipta dengan begitu halus sekali, ditambah pula dengan suara lunak Cakra yang tidak perlu dipertikaikan lagi secara kekuatannya lantas melengkapi keindahan lagu ini. Lagu ini pasti menambat para pendengar dan penggemar muzik.

Lagu ‘Salah Tapi Baik’ boleh didengari melalui penstriman atas talian seperti Apple Music, Spotify, Joox, YouTube Music, KKBox dan Deezer bermula 18 Disember 2020.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 13 Jul 2023
Trending Mon, 29 Oct 2018

Breast Prostheses Exists and are Important To Have

Let’s learn more about our breasts in Pink October.

Hiburan Thu, 15 Sep 2022
Hiburan Mon, 23 Oct 2023

“Saya Jenis Introvert, Tak Out Going Sangat” – Sophia Albarakbah Teruja Lakonkan Watak Wanita Bertenaga & Lincah

Sebagai artis yang serba boleh, bagi je lah watak apa pun, mesti boleh bawa punya!

Trending Fri, 29 May 2020
Events Wed, 8 Mar 2023
Trending Tue, 28 Aug 2018

6 Absolutely True Signs That Merdeka is Near

You can count in Malaysia Day too at this rate.