Categories: FeaturedTrending

“Cantiknya Ku Inah” – Foto Terkini Tunku Tun Aminah Raih Perhatian Ramai

Kelibat puteri Johor yang anggun dan jelita, Tunku Tun Aminah sudah jarang kelihatan di media sosial.

Namun begitu, Tunku Tun Aminah sebenarnya masih aktif melakukan kerja amal memenuhi tanggungjawabnya untuk rakyat Johor.

Terbaru, menerusi akaun rasmi Instagram Che Puan Khaleeda, Tunku Tun Aminah dilihat menghadiri makan malam bersama Che Puan Khaleeda dan beberapa teman rapat yang lain.

Kecantikan Tunku Tun Aminah cukup terserlah dengan gayanya yang ringkas namun masih kekal menawan walaupun di usia 34 tahun.

Rata-rata netizen memuji kecantikan Puteri tunggal Johor itu malah ramai yang mengatakan mereka rindu melihat kelibatnya.

Che Puan Khaleeda turut menulis kapsyen “Women forget how much we can inspire one another. No one understands us like us”.

Betul tu, women empowerment all the way!

Semoga Tunku Tun Aminah terus menjadi inspirasi buat wanita di luar sana!

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”