Featured By: Attiqah Mohd February 10, 2021 @ 5:13pm

Cara Tukar Kata Laluan Bantuan Prihatin Rakyat Secara Dalam Talian – LHDN

Berita gembira buat pemohon Bantuan Prihatin Rakyat (BPR)!

Dalam satu kenyataan rasmi, Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) mengumumkan mereka yang ingin menukar kata laluan BPR boleh melakukannya di laman web BPR tanpa perlu ke pejabat LHDN.

Penukaran kata laluan itu boleh dibuat di laman web BPR dengan menekan ‘terlupa kata laluan’, memasukkan nombor kad pengenalan dan akhirnya menekan ‘semak’.

Pemohon perlu memasukkan alamat emel yang telah didaftarkan bagi membolehkan kata laluan sementara dihantar.

Bagi pemohon yang masih menghadapi masalah dalam melakukan proses ini, mereka boleh menghubungi Hotline BPR di talian 1800-88-2747 atau hadir ke mana-mana kaunter perkhidmatan BPR yang berhampiran.

Bagi mereka yang ingin hadir secara fizikal bagaimanapun dinasihatkan agar mematuhi prosedur operasi standard (SOP) COVID-19.

Sebarang pertanyaan dan maklum balas mengenai perkara ini boleh dibuat melalui saluran berikut:
a) Hotline BPR di talian 1800-88-2747
b) HASiL Live Chat
c) Borang Maklum Balas di portal rasmi LHDNM di pautan pantas https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 23 Oct 2023

Famili Duo 3: “Kalau Juri Teliti Lirik & Persembahan Kami Mungkin Mesej Sampai”- Dikritik Teruk Oleh Ajai, Mas Idayu… Adam & Ryan Bakery Tak Terasa Hati

Walaupun teruk dikritik juri tetap, yang penting Adam & Ryan Bakery tak putus harapan! Goodluck minggu depan tema Rock!

Hiburan Wed, 8 Nov 2023
Hiburan Thu, 30 Mar 2023
Featured Tue, 14 Apr 2020
Featured Fri, 17 May 2019
familuv Mon, 23 Jul 2018

Air Soya Dan Kopi Boleh Effect Kulit Anak Jadi Putih & Hitam. Fakta Atau Mitos? Ini Jawapan Menurut Pakar

Sebelum amalkan petua, para ibu kenalah tahu ia adalah fakta ataupun mitos.

Trending Sun, 3 Nov 2019

“Sweet, Simple, Elegance,” Wan Azizah Bangga Dengan Hasil Kerja Tangan Komuniti Di Sabah

hasil kerja yang dilakukan oleh komuniti masyarakat Nabawan, Sipitang dan Keningau

Featured Mon, 2 Mar 2020

Ingatkan kuih, nyaris nak gigit…

Kreatif sungguh, menarik dijadikan cendera hati!