Trending By: Salma Syahbuddin January 29, 2021 @ 5:15pm

“Cari Masa Kenal Diri” Duo Chubb-E & Amir Masdi Dalam Biru Malam Lebih ‘Deep’

Walaupun pernah mencetuskan kontroversi apabila berjaya meraih Anugerah Bintang Popular Berita Harian Ke-33 (ABPBH33) menerusi Artis Baharu Lelaki Popular, Chubb-E kini tampil membuka tirai 2021 dengan single duet bersama finalis Anugerah Juara Lagu Ke-35 (AJL35), Amir Masdi.

Lagu Biru Malam terbitan syarikat rakaman Future Music Entertainment ini adalah hasil ciptaan sepenuhnya oleh Chubb-E atau nama sebenarnya Muhammad Sharul Ashlyn AG Ashrul Affandy.

Menurut Chubb-E, lagu ini adalah ekperimen dalam kerjaya seninya terutama dalam bidang penciptaan lagu selain mengetengahkan gabungan muzik yang tidak pernah dihasilkan sebelum ini kerana, ia menggabungkan elemen Hip Hop dan Balada Rock.

“Lagu ini bercerita mengenai mengenali diri. Kita sebagai manusia kadang tanpa sedar, apa dibuat di dunia ini, sebenarnya ada perkara yang kita tak nak buat pun, tapi kita buat semata-mata untuk mengambil dan menjaga hati orang lain”

Amir Masdi pilihan yang tepat!

Tambahnya lagi, Amir Masdi merupakan pilihan kedua bagi menggantikan penyanyi asal lagu Biru Malam.

Namun, disebabkan timbulnya beberapa isu dan kebetulan beliau merancang untuk melakukan satu projek bersama Amir maka terjadilah duet antara mereka berdua.

“Saya anggap apa yang terjadi ada hikmah termasuk pemilihan Amir. Pendek kata Amir adalah pilihan tepat. Sudah lama nak mencari ilham lagu baru bersama Amir, tapi tidak ada idea.

Kiranya, lagu ini adalah rezeki kami berdua untuk berkolaborasi. Apatah lagi ini juga projek eksperimental daripada saya yang mana memang sudah lama nak buat genre Hip Hop dan Balada Rock,” katanya.

‘On’ untuk lagu Biru Malam

Sementara itu, Amir Masdi, 25, atau nama sebenarnya Amir Syazwan Masdi
berkata, dia terlebih dahulu sudah mendengar lagu Biru Malam malah mengetahui ia bakal dinyanyikan penyanyi lain.

“Saya tidak serius pun sebab sudah tahu ia memang dihasilkan untuk penyanyi lain. Malah, ketika proses rakaman dibuat, kebetulan saya ada di studio. Saya dengar dan hayati lagu ini. Diakui memang sedap. Itu sebab apabila dapat tawaran lagu ini, saya terus cakap ‘on’ sebab sudah tahu melodi dan lirik”

Namun, Amir mengakui perlu menyeimbangkan cara nyanyiannya memandangkan lagu Biru Malam bergenre Hip Hop dan diterapkan elemen Balada Rock.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 5 Sep 2023

Kekal Positif! Chef Wan Kini Berimej Botak Akibat Kesan Rawatan Kemoterapi

Alahaiiii… terus semangat Chef Wan! Kami doakan yang terbaik 💗

Hiburan Fri, 12 Aug 2022
Trending Sun, 26 Jun 2022

“Untung Siapa Dapat Dia…” – Nazim Othman Puji Ruhainies Pandai Ambil Hati

Nazim Othman senang bekerja bersama Ruhainies, kali ini bawa watak komedi dalam siri Sorry Naik Lori.

Featured Thu, 8 Jul 2021

MKN Diharap Terus Tutup Ekonomi, Industri Non Essential Lepas Tamat PKPD

Majlis Keselamatan Negara (MKN) diharap terus menutup sektor ekonomi dan industri yang telah ditetapkan sehingga Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) tamat di banyak daerah di negeri Selangor. Menurut Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari perkara […]

Trending Thu, 29 Mar 2018

女子马路中央按手机 暴怒老外连人带车处理

停在马路中央不仅堵塞交通,也非常危险。最近,一段特别的影片在网路上疯传,影片中,一名骑机车的女子突然停在繁忙的马路中央,开始讲电话……

Cahaya Mata Fri, 4 Nov 2022

Comel! Nyanyian ‘Bukan Aisyah Bukan Siti Khodijah’ Si Cilik Ini Raih Perhatian, Siap Ada Slang Lagi!

Aksi seorang kanak-kanak perempuan mendendangkan lagu berjudul Bukan Aisyah Bukan Siti Khodijah tular di media sosial. Seorang warganet yang dikenali sebagai Firdaus Mokhtar berkongsi nyanyian anaknya, Ameenah dan ia mendapat perhatian ramai kerana kecomelan yang […]

error: Content is protected !!