Trending By: Yanie Baharom June 10, 2018 @ 2:00pm

Cef Selebriti Anthony Bourdain Ditemui Mati Akibat Bunuh Diri

Cef selebriti dan personaliti TV antarabangsa Anthony Bourdain, dilapor meninggal dunia akibat bunuh diri. Menurut laporan CNN, Bourdain, 61 tahun ditemui mati di bilik hotelnya di Perancis, pada Jumaat.

“Dengan rasa yang amat sedih kami mengesahkan kematian sahabat dan rakan kerja kami, Anthony Bourdain,” kata CNN dalam satu kenyataan.

Bourdain berada di Perancis untuk merakam episod terbaharu programnya bersama CNN, ‘Parts Unknown’.

Teman rapatnya, Eric Ripert, seorang chef di Perancis menemui Bourdain dalam keadaan tidak sedarkan diri di bilik hotelnya, pada pagi Jumaat.

Pemergian Bourdain hanya tiga hari selepas pemergian pereka fesyen terkenal, Kate Spade.

Spade, 55 tahun, disahkan meninggal dunia dalam satu insiden yang mirip tindakan bunuh diri pada pagi Selasa.

Memetik kenyataan pihak berkuasa, seperti yang dilaporkan Associated Press, pereka ikonik itu ditemui mati dalam kediaman apartmennya di New York pada jam 10.20 pagi waktu tempatan.

Bourdain dilahirkan di New York pada 25 Jun 1956 dan membesar di New Jersey. Dia melonjakkan pesona dirinya ke perhatian umum sebagai penulis dan personaliti televisyen, dengan pengkhususan terhadap dunia kulinari.

Graduan dari Culinary Institute of America pada tahun 1978 itu tidak memperlahankan rentaknya. Setelah itu dia tidak henti menimba pengalaman dan mencurahkan khidmat di pelbagai ceruk dapur sama ada di restoran dan hotel. Pada tahun 1998, dia menjadi chef eksekutif di Brasserie Les Halles.

Foto: Malaymail

Salah satu daripada keistimewaan Bourdain adalah kebolehannya menulis dan berkongsi cerita. Namanya mula meniti di bibir ramai pada tahun 1997, apabila The New Yorker menyiarkan artikelnya yang berjudul Don’t Eat Before Reading This.

Artikel itu sangat meninggalkan impak kepada pembaca, seolah-olah dia mempelawa orang ramai meninjau ke dalam hidupnya yang bertugas sebagai chef.

Sejak itu, tawaran perkembangan karier Bourdain tidak putus-putus. Dia mula menjadi pengacara, penerbit dan membuat kemunculan khas dalam beberapa siri program masakan dan kembara bermula tahun 2000.

Antara program popularnya adalah No Reservations, The Layover, The Taste dan Top Chef.

Hasil tulisannya pula terabadi dalam beberapa buah buku terlaris, seperti No Reservations: Around the World on an Empty Stomach, Kitchen Confidential dan A Cook’s Tour.

Bourdain pernah berkahwin dengan Nancy Putkoski dan bertahan selama 20 tahun, sehingga 2005. Dua tahun kemudian dia mengahwini Ottavia Busia pula sebelum berpisah pada tahun 2016.

Bourdain adalah antara selebriti yang kuat memberi sokongan kepada kempen #MeToo tahun lalu, terutamanya selepas teman wanitanya, Asuia Argento, mendedahkan dirinya pernah menjadi mangsa pencabulan penerbit kontroversi Harvey Weinstein.

Sumber: Astro Awani

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 4 Feb 2024
Trending Fri, 8 Feb 2019
Trending Mon, 15 Jan 2018

5 Sebab Kenapa Anda Tak Perlu Ada Shawl Berbulu!

Dunia fesyen dikejutkan dengan kehadiran gaya tudung perincian bulu menggantikan sekuin atau ruffle seperti sebelum ini. Namun, sebelum mendapatkan sehelai shawl dengan perincian sebegini, berbaloikah shawl itu dengan wang yang dibelanjakan? 1. Bermusim, one day […]

Featured Tue, 17 Aug 2021

“Kalau Disebut Dalam Al-Quran, Saya Akan Padam..”- Izara Aisyah Rela Padam Media Sosial Jika Haram

Pelakon, Izara Aishah yang kini sudah tampil berhijrah mengakui dirinya bersedia untuk memadam akaun media sosial jika hukumnya haram. Jelas Izara lagi dia secara sukarela bersedia untuk memadam akaun sosial medianya jika terdapat hukum mengenai […]

Cahaya Mata Wed, 18 Jan 2023

[VIDEO] Comelnya Anak Eyra Hazali Merajuk Nak Makan – “Siapa Ajar Macam Itu…”

Anak kepada pelakon Eyra Hazali iaitu Hayder Qhalish sememangnya sering mencuit hati ramai dengan gelagat dan telatah comel yang membuatkan ramai geram. Terbaharu, tular sebuah perkongsian yang dimuat naik semula oleh seorang pengguna TikTok @dhaniahsahrom […]