Trending By: SGMS Faida January 19, 2020 @ 9:00am

‘Cermin Diri Sendiri, Jangan Campur Tangan Urusan Parti’-Haniza Talha

Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat YB Haniza Talha menegur tindakan segelintir individu yang mendesak agar Naib Presiden, Zuraida Kamaruddin segera dipecat. 

Menurut beliau dalam sebuah kenyataan media, teguran itu ditujukan berikutan kenyataan beberapa Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN).

“Tiada perkara baru, hanya ulangan desakan-desakan agar tindakan memecat YB Naib Presiden Zuraida Kamaruddin yang disuarakan.

“Namun yang menjentik naluri saya untuk memberi respon kepada kenyataan mereka ialah, dakwaan Dato’ Johari Abdul bahawa Naib Presiden YB Zuraida Kamaruddin tiada sokongan akar umbi dari anggota parti,” luahnya.

Haniza mengingatkan agar ‘mereka’ yang mula lupa ini tentang sokongan akar umbi.

“Saya berharap agar mereka ini dapat mencermin diri sendiri dan yang paling utama agar maksud pemimpin yang dilantik dan pemimpin yang dipilih itu dapat dihadam.

“Jika keputusan pemilihan parti yang telah berlaku pada 2018 lalu saya jadikan ukuran, Dato’ Johari Abdul yang kini Pengerusi MPN Kedah sendiri tewas 3 penjuru di Cabang Sungai Petani dan turut tewas di tangga ke 6 untuk jawatan Naib Presiden Pusat.

“Jumlah undi yang diperoleh hanya 9.9% dari keseluruhan hampir 500 ribu undi diterima calon-calon Naib Presiden. Namun kini beliau yang paling gah dan bising mulutnya walau hanya dengan jawatan lantikan sebagai Pengerusi MPN Negeri Kedah,” katanya.

Tambah beliau lagi,  YB Fuziah Salleh tidak bertanding di peringkat Cabang dan turut gagal merebut jawatan Ketua Wanita Pusat namun dilantik sebagai Pengerusi MPN Pahang.

“Manakala YB Syed Ibrahim,Pengerusi MPN Johor tewas di peringkat Cabang dengan mendapat hanya 271 undi dan mendapat tempat ke 29 dalam merebut jawatan MPP.

“Pengerusi MPN Perak, Farhash Wafa Salvador pula menang hanya 266 undi di Cabang Kuala Kangsar dan kalah teruk di tangga ke 69 bagi jawatan MPP.

“Mereka yang disebut di atas adalah segelintir pimpinan lantikan yang mendesak pemimpin yang mendapat sokongan padu anggota akar umbi seperti YB Zuraida Kamaruddin agar dipecat,” luahnya. 

Sementara itu, Haniza mengingatkan YB Zuraida dipilih oleh anggota parti seluruh negara sekaligus yang mendapat undi kedua tertinggi dan di peringkat cabang telah memobilisasi ribuan anggota sewaktu pemilihan.

“Sekadar memberi contoh beberapa pimpinan yang melanggar peringatan Presiden untuk tutup mulut dan fokus kepada kepentingan perjuangan, saya saran agar mereka sedar diri dan tidak campur tangan dalam pengurusan parti.

“Lembaga Disiplin telah pun menghantar surat Tunjuk Sebab kepada YB Naib Presiden Zuraida Kamaruddin dan InshaAllah, langkah seterusnya akan difikirkan dan dilaksanakan mengikut pertimbangan YB Naib Presiden sendiri,” akhirinya. 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sat, 19 Dec 2020
Trending Fri, 13 Apr 2018

Khloe Kardashian Selamat Melahirkan Anak Perempuan Tetapi…

Haih, tak sah kalau tak ada drama dalam situasi yang melibatkan keluarga Kardashian ini!

Featured Thu, 30 Dec 2021

“Satu Tugas Yang Amat Besar” – Anzalna Sebak Jadi ‘Pengganti’ Siti Sarah

Jenama tudung milik Allahyarham Siti Sarah, Loveta bakal menampilkan pelakon Anzalna Nasir selaku wajah baharu bagi koleksi yang bakal muncul pada Januari ini. Anzalna yang baru sahaja berhijab September lalu menerusi hantaran Instagram miliknya berkata,

Trending Fri, 20 Jul 2018

Selit Dadah Dalam Coli, Dua Rakyat Malaysia Kena Cekup Di Jepun

Dua wanita berkenaan mengaku menyeludup dadah ‘Stimulant’ dengan menyembunyikan dalam tuala wanita dan coli yang dipakai mereka dipercayai berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Lapangan Terbang Haneda.

Trending Thu, 23 Aug 2018

Video Pakcik Jitra Terus Tular, Tukang Rakam Nafi Reka Cerita

Hang susun kerepek hang penuh meja, tak payah berjalan dari semasa ke semasa. Ni kerepek habis hang pandai pergi top up pulak. Hampa pakat kata dia kaya kan? P beli meja satu. Payung tak payah pun tak apa memandangkan meniaga awaktu malam.

| Live TV

error: Content is protected !!