Setelah hampir sebulan melahirkan puteri sulungnya, aktres jelita, Fazura dilihat lebih memilih untuk menjalani kehidupan secara privasi terutama melibatkan anak sulungnya, Fatima Aisya.
Ramai peminat Fatzzura yang menanti nantikan perkembangan terkini Fatima Aisya.
Terbaru, Fazura dilihat memuat naik sekeping foto bersama Fatima Aisya di laman Instagramnya.
“Comelnya Fatima dan Mommy” – Peminat
Foto yang dimuatnaik dengan kapsyen untuk mempromosi sebuah tilam ternyata berjaya mencuri perhatian ramai.
Walaupun foto tersebut hanya menunjukkan separuh wajah Fatima, namun ternyata ramai yang memuji kecomelan bayi tersebut.
Tak sabar nak tunggu Fatima dah besar, mesti cantik macam mommy dia juga kan?