Trending By: Yanie Baharom December 19, 2019 @ 9:23am

Comelnya gaun Katy Perry ni, jangan tak tahu ia jenama pereka tempatan!

Jenama pereka fesyen terkenal tempatan semakin hari semakin kukuh di persada antarabangsa. Paling hangat diperkatakan sudah tentu busana rekaan Khoon Hooi, yang baru-baru ini disarungkan bintang pop terkenal dunia, Katy Perry.

Penyanyi dengan karekteristik tersendiri dan popular dengan lagu Roar itu, memilih gaun unik rekaan Khoon Hooi sewaktu menghadiri acara 101.3 KDWB’s 2019 Jingle Ball yang berlangsung di Xcel Energy Center, Minneapolis, Amerika Syarikat.

Pada acara tersebut, Perry yang berambut perang menyarung gaun kuning daripada koleksi musim bunga 2020 Khoon Hooi.

Gaun bertatahkan batuan jemeki itu mencuri perhatian dengan rekaan signatur riben besar pada bahagian tengah dada.

Sebenarnya ini bukanlah kali pertama bintang antarabangsa memperagakan busana  rekaan Khoon Hooi.

Selepas gaun perkahwinan yang direkanya untuk babak perkahwinan di dalam filem Crazy Rich Asians, tular sedikit masa lalu, ramai bintang antarabangsa memilih untuk mencuba sentuhannya.

Selain Perry, aktres dan model jelita Camila Morrone turut menyarung persalinan hijau pudina ketika menghadiri Festival Filem Antarabangsa Marrakech 2019 di Maghribi minggu lalu.

Gaun berkenaan, merupakan sebahagian daripada koleksi musim luruh 2019.

Model dan pengacara Asia’s Next Top Model, Cindy Bishop juga antara selebriti antarabangsa yang pernah menyarung rekaan Khoon Hooi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 24 Sep 2018
Trending Thu, 30 Nov 2017

Lelaki Terlepas Hukuman 60 Tahun Atas Tuduhan Merogol

Lelaki Terlepas Hukuman 60 Tahun Atas Tuduhan Merogol, Katanya Mangsa 16 tahun Lakukan Seks Atas Kerelaan

Hiburan Tue, 9 Jan 2024
Hiburan Wed, 21 Feb 2024
Trending Tue, 22 Dec 2020