Categories: FeaturedTrending

Coretan Indah Fazura Buat Fattah Sempena Ulang Tahun Ke-28 Suaminya. Happy Birthday Fattah!

Happy birthday Fattah Amin!

Meskipun tiada sebarang foto romantik  bersama isterinya yang cantik jelita dimuat naik bersempena meraikan ulang tahun kelahiran yang ke-28, memandangkan Fazura kini berada di New York atas urusan kerja, namun kiriman ucapan Fazura sudah cukup bermakna buah Fattah.

Malah, Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura Sharifuddin mengusik hati netizen dengan beberapa posting di Instagram sempena ulang tahun kelahiran suaminya, Fattah Amin yang ke-28.

Bapa Fazura meninggal dunia pada tarikh sama 18 tahun lalu.

Foto: Instagram Fazura

Dalam masa sama pelakon filem Manisnya Cinta Di Cappadocia ini turut meluahkan rasa sedih tatkala mengenang arwah bapanya yang meninggal dunia pada tarikh sama, 18 tahun lalu.

“Saya kehilangan bapa tercinta 18 tahun lalu pada tarikh ini iaitu 14 September.

“Namun Allah menghantar dia, insan yang sentiasa mewarnai dunia dengan kebaikannya,” tulis Fazura di Instagram.

Fattah dan Fazura mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017.

Foto: Instagram Fazura

Yanie Baharom