Trending By: Aisyah Badrul April 7, 2020 @ 6:06pm

COVID-19: 1 Kematian, 170 Kes Positif Hari Ini

170 kes positif telah dicatatkan pada hari ini dan terdapat satu kematian yang dilaporkan berkaitan dengan jangkitan Covid-19.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menerusi sidang media harian Covid-19, pertambahan ini menjadikan jumlah kes kematian akibat jangkitan Covid-19 menjadi 63 kes.

Secara keseluruhan, terdapat 3963 kes yang terkumpul setakat ini di Malaysia. Daripada jumlah itu, seramai 92 pesakit sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), termasuk 50 pesakit memerlukan bantuan alat pernafasan.

Dr Noor Hisham juga menjelaskan  kes kematian ke-63 (kes ke-3794) merupakan lelaki tempatan berusia 71 tahun yang berasal daripada Perlis.

“Pesakit mempunyai sejarah menghadiri perhimpunan keagamaan di Sulawesi, Indonesia pada 17 hingga 24 Mac lalu. Beliau dirawat di Hospital Enche’ Besar Hajjah Kalsom, Johor pada 5 April dan disahkan meninggal dunia pada 6 April jam 11.00 malam,”  ujarnya.

Dalam masa yang sama, sebanyak 80 pesakit dibenarkan keluar wad hari ini dan jumlah keseluruhan pesakit yang sembuh telah menjadi 1321 setakat ini.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 26 Feb 2019
Trending Wed, 28 Nov 2018

Viral Harvint Singh Buat Hal!

Kalau akak ni pun kecut perut kalau ada customer macam Harvint ni

Hiburan Mon, 26 Sep 2022
Featured Wed, 24 Nov 2021

Ayah Sebak, Tak Sangka Anak Hadiahkan Jam Idaman… Sebelum Ini Mampu Cuci Mata Sahaja

Ketika anak-anak dewasa kelak, jangan lupa untuk membalas jasa ibu dan ayah yang sudah membesarkan kita dari kecil hingga besar. Walaupun ibu dan ayah tidak mahu menyusahkan anak-anak, tapi sudah menjadi tanggungjawab kita untuk memenuhi

Trending Tue, 23 Jan 2018

9 Jam Diperlukan Untuk Siapkan Landasan Kereta Api 5 Lorong

9 Jam Diperlukan Untuk Siapkan Landasan Kereta Api 5 Lorong Di China, Libatkan 1500 Orang Pekerja

Featured Thu, 24 Jun 2021

Bantuan PPN Dalam Proses Perincian

Kementerian Kewangan akan terus memantau dan memperincikan bentuk bantuan lain yang akan disalurkan sepanjang Pelan Pemulihan Negara (PPN). Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz berkata perbelanjaan bagi bantuan yang bakal disalurkan tersebut berdasarkan baki

| Live TV

error: Content is protected !!