Trending By: Attiqah Mohd December 24, 2020 @ 3:00pm

Covid-19 :Malaysia Kesan Mutasi Terbaharu Virus A701V

Kementerian Kesihatan melaporkan terdapat mutasi baharu virus COVID-19 di Malaysia, yang dikenali sebagai A701V. 

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata mutasi itu dikesan hasil ujian terhadap 60 sampel daripada kluster Benteng Lahad Datu.

Walaubagaimanapun, Kementerian Kesihatan belum dapat menyimpulkan sama ada mutasi baharu itu memiliki tahap kebolehjangkitan yang tinggi atau bersifat ‘ganas’.

Dr Noor Hisham berkata, virus COVID-19 akan sentiasa bermutasi, namun apa yang perlu diberi tumpuan ialah sama ada mutasi baharu itu memiliki impak kesihatan yang lebih besar, berbanding varian sedia ada.

“Contohnya seperti mutasi D614G didapati memiliki 10 kali lebih jangkitan. Begitu juga varian baharu di United Kingdom (UK) dikenali sebagai VUI-202012/01, yang dikatakan 70 peratus lebih mudah berjangkit.

“Kementerian Kesihatan sedang memantau kesan mutasi baharu A701V ini, dari segi sama ada ia memiliki kesan pada keberkesanan vaksin, kadar kebolehjangkitan meningkat dan keganasan virus ini,” katanya di sidang media Putrajaya. 
Sumber: BH

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sun, 26 May 2019

Mukhriz Mohon Maaf Pada Sultan Johor

Datuk Seri Mukhriz Mahathir tidak bersalaman dengan Sultan Ibrahim dan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim. Kejadian itu menerima kecaman hebat netizen yang rata-ratanya tidak setuju dengan tindakan menteri besar itu.

Trending Sun, 21 Aug 2022

“Walaupun Kita Bukan Adik Beradik Kandung, Tapi…” – Air Mata Wan Sharmila Gugur Bila Jumpa Adik-Adik

Siapa yang tidak mengenali dengan pelakon Wan Sharmila yang masih masih kekal aktif dan tak putus-putus rezekinya dalam bidang lakonan. Terbaharu, Wan Sharmila atau lebih mesra disapa Lala itu ada memuat naik satu hantaran di […]

Acara Wed, 14 Sep 2022

Awie & Hazama Antara Selebriti Dilantik Duta Anti-Scam

Jangan terpedaya dengan scammers okay!

Trending Wed, 28 Aug 2019
Trending Thu, 18 Jul 2019

Rihana Oksana Buat Kejutan Lagi, Kali Ini Video Penuh Kata Romantis!

Rihana Oksana Gorbantenko sekali lagi membuat kejutan apabila memuat naik sebuah video temuramah eksklusif yang memaparkan kehidupannya dengan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V.

Featured Sat, 7 Jul 2018

Anak Kylie Jenner Masih Belum Boleh Jalan, Tapi Dah Ada Koleksi Kasut Bernilai RM88,880!

Kita yang daripada golongan marhaen ini hanya boleh mimpi.