Trending By: Syafiqa Irdina March 19, 2020 @ 8:30am

COVID-19: Prihatin Terhadap Kakitangan, Media Prima Mula Pelan Tindak Balas Perintah Kawalan Pergerakan

Hari demi hari peningkatan kes penularan wabak koronavirus atau COVID-19 semakin membimbangkan bukan sahaja di Malaysia, malah di seluruh negara. Setakat 18 Mac semalam, sebanyak 790 kes telah dikesan positif COVID-19 dan penyakit ini juga telah melibatkan 2 kes kematian di negara ini.

Terbaharu, sebagai tanda prihatin terhadap kakitangannya, konglomerat media Kumpulan Media Prima Berhad (Media Prima) telah pun memulakan Pelan Tindak Balas Perintah Kawalan Pergerakan (MCO) bermula hari ini hingga 31 Mac 2020.

Operasi Penggiliran Kerja Dilakukan 

Pelan tindak balas telah dibuat berikutan maklum balas dan sokongan terhadap pelaksanaan PKP yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Isnin lalu. Antaranya, termasuklah operasi penggiliran kerja kakitangan dengan matlamat mengurangkan risiko pendedahan penularan COVID-19 kepada kakitangan Media Prima dan juga usaha mengamalkan jarak sosial demi kebaikan semua.

 

“Sebagai antara penyedia perkhidmatan yang penting kepada negara, Media Prima akan mengimbangi kewajipannya ini dengan tanggungjawab terhadap aset utamanya, iaitu kakitangan.

“Pelan Tindak Balas MCO Media Prima akan dilaksanakan di semua kumpulan, meliputi operasi penggiliran kerja di lokasi dan operasi maya, serta operasi secara bersela di lokasi,” katanya menerusi kenyataan dikeluarkan di sini, hari ini.

 

 

Media Prima Telus Dalam Mengambil Langkah Pencegahan 

Langkah-langkah pencegahan telah dilaksanakan lebih awal oleh konglomerat media ini sebelum wabak tersebut diisytiharkan sebagai pandemik. Antaranya, kekerapan mengambil suhu badan kesemua kakitangan dan pelawat, meletakkan cecair sanitasi tangan di lokasi strategik, meningkatkan pembersihan dan sanitasi harian pejabat serta melaksanakan sekatan perjalanan kakitangan.

 

 

Langkah-langkah lain akan dilaksanakan di bawah Pelan Tindak balas MCO bagi memastikan Media Prima dapat terus menjalankan kewajipannya sebagai penyedia perkhidmatan penting dalam menyampaikan berita terkini perkembangan COVID-19 dan berita penting yang memberi kesan kepada negara melalui saluran beritanya.

Sekali lagi diingatkan supaya setiap individu bertanggungjawab untuk mengambil langkah pencegahan seperti memakai topeng muka dan hand sanitizer sekiranya berada di tempat awam. Tindakan kuarantin diri amat digalakkan supaya dapat mengawal diri daripada dijangkiti wabak ini. Segera dapatkan rawatan perubatan sekiranya korang mengalami gejala jangkitan saluran pernafasan seperti demam, batuk mahupun kesukaran untuk bernafas.

Untuk maklumat lanjut dan info serta perkembangan terkini, korang boleh saksikan di TV3 dan Youtube Buletin Utama.

Stay safe semua!

Baca Juga: “Tak Takut Virus Ke KD?” – Percutian Krisdayanti Bersama Keluarga Di Eropah Cetus Kebimbangan Netizen!

Baca Juga: COVID-19: Ingat! Penjara 2 Tahun Dikenakan Kalau Ingkar Perintah Kawalan Pergerakan

Baca Juga: “Lafaz Hayya ‘Alassolah Dalam Laungan Azan Di Wilayah Persekutuan Akan Diperlahankan” – Datuk Seri Dr. Zulkifli

Baca Juga: COVID-19: Jurulatih Bola Sepak Sepanyol Meninggal Dunia Di Usia 21 Tahun

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 10 Mar 2023
Featured Tue, 7 Sep 2021
Trending Sun, 26 Aug 2018

Curi Petai Punya Pasal, Lelaki Patah Tulang Rusuk

Difahamkan, dua cucu lelaki pergi ke kebun datuk mereka untuk ‘spot check’ kawasan persekitaran kerana difahamkan kerap berlaku kecurian petai sebelum ini.

Hiburan Wed, 17 Apr 2024
Hiburan Fri, 21 Jul 2023
Hiburan Wed, 29 Nov 2023
Trending Mon, 16 Nov 2020