Tidak kurang daripada 24 jam lagu terbaru daripada kumpulan Indie, Bunkface iaitu Akhir Zaman dikeluarkan, single tersebut kini trending dan hangat diperkatakan di laman sosial.
Lagu yang berjudul Akhir Zaman itu kini menjadi topik bualan netizen kerana liriknya yang dilihat berani menyentuh sensitivit masyarakat terutama golongan homoseksual, LGBT. Kandungan lirik tersebut yang mengandungi pengunaan bahasa yang agak kesat turut menyebabkan segelentir netizen menjadi “triggered”.
Bukan itu sahaja, malah kumpulan ini turut menyentuh mengenai isu politik dalam karya terbaru mereka. Permulaan lirik lagu Akhir Zaman juga mengambil petikan daripada surah Al-Kafirum, antara bait lirik tersebut berbunyi:
Engkau Agama Mu,
Aku Agama Ku,
Korupsi Kita Perlu Kasi Hapus.Engkau Agama Mu,
Aku Agama Ku,
LGBT Boleh Pergi Mampus.#AkhirZaman@bunkfaceband— wallawaniey (@wallawaniey) February 27, 2020
Sejak semalam, laman Twitter dibanjiri dengan komen-komen netizen yang dilihat mengutuk dan tidak kurang juga yang menyokong Bunkface.
“Bila Allah dah kata benda haram, haramlah”
Dalam lagu tu dah kata. Agama kau, agama kau. Agama aku, agama aku. Dalam Islam dah sebut tentang kisah kaum nabi Luth yang dilaknat oleh Allah sebab amalkan LGBT ni. Dekat sini bolehlah kita kata itu, kata ini. Tapi bila Allah dah kata benda haram, haramlah. #AkhirZaman
— Noraini (@noraini_ss) February 27, 2020
“Fuh, salute Bunkface”
Semua haram mahu jadi halal. Jawab disini lepas, jawab di sana belum tentu lepas. Fuhh salute Bunkface?? thanks for promoting this song ye #AkhirZamanhttps://t.co/QAacOWA22thttps://t.co/GTzll0fmFt
— Aa (@aazafirahmad) February 27, 2020
“That ‘LGBT, boleh pergi mampus is kinda harsh”
That “LGBT, boleh pergi mampus” in #AkhirZaman is kinda harsh. But, in some point, I understand why the lyrics are like that.
— ??? (@nadiamstff_) February 27, 2020
“Dalam lagu ada makna, hadam baik2 karya ini”
Dalam lagu ada makna
Hadam baik2 karya ini
Anyway bunkface make a comeback!#AkhirZaman#pemimpin#LGBT#hisabhttps://t.co/pGanI8LL9i— Laskar Tompel (@LaskarTompel) February 27, 2020
Buat korang yang belum tengok video muzik mereka, tonton video di bawah: