Trending By: Padin February 18, 2021 @ 5:44pm

Dah Tak Jadi Singa Kat Rumah! Ibu Bapa Beri Komen Positif Mengenai DidikTV

Mula bersiaran semenjak semalam, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memperkenalkan saluran khusus TV Pendidikan yang dikenali sebagai DidikTV KPM menerusi saluran ntv7.

Ia merupakan usaha memperkasakan Sistem Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) sedia ada dan biarpun baru sahaja dilancarkan, ia mendapat respons positif daripada wargamaya terutama golongan ibu bapa.

Ikuti antara komen menarik daripada ibu bapa tentang DidikTV KPM:

Noreen, suri rumah.

Menyambut baik kewujudan DidikTV KPM dengan penuh rasa teruja, ibu kepada dua anak, Noreen sangat bersyukur kerana suasana PdPR di rumahnya berubah lebih baik secara drastik.

Seperti Noreen, seorang suri rumah sepenuh masa yang banyak meluangkan masa dengan anak di rumah, dua orang anaknya kini berada di tahap 1 dan beliau cuma mahu berikan persekitaran pembelajaran yang seronok dan sihat untuk anak-anaknya.

“Siaran DidikTV di rumah saya masih belum bertukar dari awal pagi. Anak-anak seronok melihat guru mengajar walaupun guru hanya di kaca TV. Mereka rasa seperti berada di sekolah,” kata Noreen.

Menampilkan guru-guru cemerlang dengan pengajaran menarik di DidikTV KPM, anak-anaknya menganggap belajar satu perkara menyeronokkan. Noreen memuji pihak yang bertungkus-lumus dalam mengusahakan saluran televisyen pendidikan ni.

Farhana, eksekutif pentadbiran.

Seorang ibu yang bekerja sebagai eksekutif pentadbiran, Farhana mengakui terkesan dengan PdPR.

Beliau menghadapi kekangan seperti masa pembelajaran pendek dan talian internet tak memuaskan serta anaknya juga kurang faham apa yang diajar oleh guru.

Mempunyai seorang anak yang baru memasuki Tahun 1, Farhana sangat gembira apabila mengetahui DidikTV KPM mula dilancarkan tahun ni.

Sedikit sebanyak ia mengelakkan anaknya terus terdedah kepada gajet setiap hari di rumah.

Jika sebelum ini belajar menggunakan gajet, kini anaknya cuba menyesuaikan diri untuk belajar melalui televisyen.

“Anak ni tak pernah lekang dengan gadget setiap hari. DidikTV ni pendekatan yang bagus kerana menggunakan siaran TV. Boleh elak anak terdedah pada gadget,” katanya yang begitu berpuas hati dengan DidikTV KPM dan menjangkakan adanya penambah baik di masa akan datang.

Dr. Rozailin, pensyarah.

Bagi ibu bekerjaya, bukan mudah untuk memastikan anak tak ketinggalan dalam pelajaran. Dr.Rozailin, seorang pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia risau anak-anaknya yang masih bersekolah rendah dan menengah hilang fokus dalam sesi PdPR tanpa kehadiran guru di hadapan mereka.

“Proses PdPR jadi terbantut. Susah disiplinkan anak. Setiap hari kena jadi singa dekat rumah. Lepas ada DidikTV ni senang suruh mereka belajar depan TV sahaja. Slot pun banyak menarik perhatian,” katanya.

Mula menonton DidikTV KPM sejak hari pertama bersiaran, Dr. Rozailin mendapati siaran ini mengambil pendekatan menarik dari segi perisian dan interaksi.

Istimewanya lagi, ada banyak slot menarik di DidikTV KPM. Antaranya slot pendidikan dan slot selingan yang membuatkan anak-anaknya tak bosan belajar di rumah.

Izzeti, pegawai operasi IT.

Izzeti, seorang ibu yang bekerja di bahagian operasi jualan di sebuah syarikat IT antarabangsa masih bekerja dari rumah di Terengganu.

Disebabkan sibuk bekerja, beliau hanya mampu memberi tumpuan kepada anak-anaknya setelah habis kerja sekitar jam 8 malam.

Tahun ini, anaknya akan menghadapi peperiksaan penting iaitu UPSR.

Apabila Izzeti mengetahui tentang DidikTV KPM daripada guru kelas anaknya, beliau terus membuka siaran itu di rumah.

Kagum dengan teknik pengajaran dan pembelajaran di DidikTV KPM, anaknya lebih mudah fokus dalam pembelajaran.

“Sebelum ni anak belajar sepenuhnya dalam talian. Tapi teknik pengajaran dan pembelajaran daripada DidikTV ni luar biasa. Anak jadi lebih mudah fokus dalam pembelajaran,” katanya.

Berharap DidikTV KPM dapat dilaksanakan untuk jangka masa panjang, Izzeti berpendapat saluran TV pendidikan ini merupakan usaha terbaik supaya anak-anaknya terus fokus belajar di rumah.

Haa.. Dah alang-alang tonton DidikTV KPM dengan anak-anak tu, apa kata anda sertai pertandingan Tonton, Rakam & Kongsi yang dianjurkan oleh DidikTV KPM.

Kongsikan pengalaman pertama korang menonton DidikTV KPM dan berpeluang memenangi peranti.

Kagum betul dengan inisiatif terbaik oleh KPM dalam melancarkan DidikTV KPM. Selepas ni, ibu bapa dah tak payah hadapi kekangan sesi PdPR bersama anak-anak.

Tonton DidikTV KPM yang bersiaran di ntv7 bermula jam 7 pagi hingga 12 tengah malam setiap hari. Korang jugak boleh saksikan episod terkini di Youtube Channel ntv7MALAYSIA Official.

Gunakan manfaat daripada usaha murni KPM ni sebaik mungkin. Selamat menonton DidikTV KPM!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 25 Jan 2021
Featured Sun, 20 Mar 2022

Pelaksanaan Mahkamah Syariah Untuk Beku Akaun Suami Jika Gagal Bayar Nafkah Disokong Ramai

Sempena Hari Wanita 2022, terdapat enam lagi inisiatif yang diumumkan oleh pihak kerajaan.. Klik link untuk baca artikel penuh! 😉

Hiburan Fri, 6 Aug 2021

Selamat Lahirkan Bayi Lelaki, Siti Sarah Masih Belum Sedarkan Diri

Penyanyi Siti Sarah Raissuddin selamat melahirkan bayi lelaki kira-kira jam 5 petang tadi. Namun begitu, penyanyi yang dikenali menerusi lagu Kesetiaan itu masih belum sedarkan diri lagi. Berita ini disampaikan oleh pengurus Sarah, Nana Mohamad […]

Hiburan Sat, 30 Jul 2022

Seorang Demi Seorang Meninggal Dunia, Hazama ‘Elak’ Nak Nyanyi Lagu ‘Terakhir Buat Teman’

“Sebenarnya, judul asal lagu ini adalah Nota Terakhir” – Hazama

Featured Fri, 3 Sep 2021

Dipanggil Menghadap TMJ 3 Kali, Rupanya Penyanyi Lagu Parodi Ini Diminta Untuk…

Baru-baru ini tular kisah mengenai penyanyi parodi lagu My Sejahtera Way, Azman Naim yang telah dititahkan ntuk menghadap Sultan Johor. Memetik laporan Harian Metro, rupa-rupanya sudah tiga kali Azman dipanggil pihak istana untuk menghadap TMJ. […]

Trending Sun, 7 Jun 2020

Semua Pasar Terbuka, Pagi, Malam, Bazaria Di Seluruh Negeri Kini Boleh Beroperasi

Khas buat para peniaga pasar pagi, malam dan bazaria serta foodtruck!

Trending Sun, 17 Feb 2019

Resorts World Genting Spreads the Love this Valentine’s Day to 150 Hospitalised Children

What better way to celebrate this day of love than making sick children feel better?