Categories: Trending

Da’i Syed Bakal Dibebaskan, Ikat Jamin RM35,000 Tetapi Dengan Syarat…

Pendakwah selebriti kontroversi Dai’ Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful,25, yang didakwa di tiga mahkamah berasingan atas pertuduhan melakukan seks oral, mencabul dan merogol kini selesai membayar jumlah ikat jamin sebanyak RM35,000 pada Isnin.

Perkara tersebut telah disahkan oleh peguam beliau, Syed Amirul Syed Edros.

Menurut Syed Amirul, walaupun ikat jamin telah dibayar namun mahkamah akan memaklumkan mengenai tarikh pembebasan Da’i Syed.

Bebas dengan syarat…

Sebelum ini, Da’i Syed telah dihadapkan di Mahkamah Majistret dan Mahkamah Seksyen Petaling Jaya atas pertuduhan mencabul dan melakukan seks luar tabii.

Dan, untuk pertuduhan cabul, mahkamah membenarkan Syed Shah Iqmal diikat jamin sebanyak RM5,000 dan bagi pertuduhan seks luar tabii sebanyak RM20,000 manakala, bagi pertuduhan rogol sebanyak RM10,000.

Bagaimanapun, mahkamah turut menetapkan syarat tambahan iaitu Da’i Syed TIDAK dibenarkan menganggu mangsa.

Terdahulu, bekas peserta program televisyen bercorak keagamaan itu dikenakan perintah reman oleh Timbalan Pendaftar Mahkamah, Mohd Zamir Suhaimee bagi membantu siasatan berhubung kes merogol gadis sejak September tahun lalu.

Sumber : Kosmo online

Salma Syahbuddin