Trending By: Padin June 17, 2024 @ 10:37am

Dakwaan Buah Pinggang Mengecut Jejas Reputasi, Tindakan Undang-Undang Bakal Diambil Terhadap Pemfitnah

Tindakan undang-undang bakal dikenakan terhadap dua individu kerana mendakwa produk makanan kesihatan tambahan, K-Colly menjejaskan kesihatan sehingga buah pinggang mengecut dan meninggalkan komen berunsur fitnah.

Tuduhan itu telah dimuat naik dalam sebuah video yang telah tular di TikTok sehingga mencapai 2 juta jumlah tontonan pada Mei lalu selain komen fitnah tentang produk tersebut di Facebook.

Menurut Pengurus Besar jenama terbabit, Mohd Zulkifli Hussain, tindakan ini diambil bagi membersihkan jenama yang sudah berada di pasaran sejak 13 tahun lalu.

‘’Disebabkan isu yang tidak tepat ia menjejaskan kepercayaan pengguna produk K-Colly. Reputasi syarikat dan jualan produk turut terjejas. Jadi, pihak kami memandang serius akan perkara ini,” katanya pada sidang media yang berlangsung di Hotel Royal Chulan, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Sementara itu, peguam yang mewakili jenama terbabit, Azreen Azmi dari Tetuan Adnan Sharida & Associates berkata, pihaknya sedang kerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi menjalani siasatan secara terperinci terhadap dua individu tersebut.

“Pihak kami telah pun membuat dua laporan polis di Balai Polis Pokok Sena, Kota Setar, Kedah dan perkara ini masih dalam siasatan pihak polis. Namun, di kami mahukan permohonan maaf daripada dua individu terbabit dan tuntutan ganti rugi.

“Kami juga dalam proses untuk mengeluarkan mengeluarkan surat tuntutan (letter of demand) selepas raya Aidiladha ini dan jika tiada kerjasama daripada pihak mereka kami akan memfailkan saman seterusnya membawa perkara ini ke mahkamah,” kata Azreen.

Dalam pada itu, Azreen turut memberi amaran kepada netizen agar berfikir panjang sebelum membuat sebarang tuduhan dan komen di platform media sosial. Andai tuduhan yang dibuat adalah fitnah sehingga menjejaskan reputasi jenama atau individu, mereka boleh dikenakan tindakan undang-undang.

Sementara itu, Saintis Synamatix Sdn. Bhd., Dr Mohd Redza Abd Rahman menegaskan jenama ini telah menjalani pemeriksaan di makmal bertauliah dan telah melepasi ujian Sijil Analisis (COA) yang mengesahkan tiada pencemaran logam berat dan microbial (kuman).

“Produk ini mengandungi bahan semula jadi yang telah dijalankan kajian dan tidak memberi impak kepada kesihatan jika mengikut dos yang telah disarankan. Oleh itu, produk jenama ini selamat untuk dimakan.

“Dalam video yang viral individu itu menuduh produk Colly Sweet 17 walhal dalam produk ini tiada gula tambahan dan bahan-bahan di dalamnya disahkan secara klinikal. Bahkan, produk yang dituduh tidak mengandungi kologen.

“Sebab itu saya keliru apabila individu itu mendakwa dia mempunyai masalah buah pinggang dalam tempoh yang terlalu singkat melainkan dia ambil produk yang mengandungi racun, tetapi produk jenama ini tiada racun,” ujar Dr. Redza.

Dalam masa yang sama, jenama terbabit juga turut memperkenalkan duta baru, pempegaruh popular Dahlia Rizal dan pada majlis yang sama mereka turut menyumbang RM100,000 kepada Yayasan Nurjiwa untuk membantu rakyat di Palestin.

Bukan itu sahaja sempena sambutan Aidiladha, jenama ini turut mengagihkan sebanyak 5,000 kilogram beras di persekitaran masjid Al-Bukhary, Bukit Bintang Kuala Lumpur.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Drama Fri, 15 Apr 2022

“Masih Malu… Tak Nak Bercakap, Senyap Je” – Pertama Kali Bergandingan Dengan Sharifah Rose, Ali Reza Ambil Masa Untuk….

Saksikan drama Do You Love Me, Captain? untuk melihat keserasian Sharifah Rose dan Ali Rezark bergandingan bersama.

Featured Wed, 25 Jan 2023

Gelagat Didie Alias Usik Mak Jah Melatah Undang Tawa Warganet

Gelagat pelakon dan pelawak, Didie Alias menyakat pelakon veteran, Mak Jah meraih perhatian peminat. @mumydidiealias Hahaha lama tak menyakat Mak Jah,tetap sempoi,mumy simpan sini buat kenangan terindah.Sayang Mak Jah #sukasuka #hiburkanhati #stylocharity #lagenda #fyp #fypシ゚viral […]

Hiburan Mon, 23 Oct 2023

“Saya Jenis Introvert, Tak Out Going Sangat” – Sophia Albarakbah Teruja Lakonkan Watak Wanita Bertenaga & Lincah

Sebagai artis yang serba boleh, bagi je lah watak apa pun, mesti boleh bawa punya!