Semenjak ketibaan vaksin, Malaysia mempunyai sinar harapan untuk kembali baik semula.
Malah, perkara ini turut menjadi berita yang dinantikan oleh pasukan barisan hadapan negara yang telah memerah keringat demi menjaga kesihatan awam.
Namun begitu, timbul beberapa laporan di media sosial yang mendakwa ada sesetengah pihak berstatus VIP telah “memotong barisan” untuk mendapatkan vaksin, yang sepatutnya diberikan kepada petugas barisan hadapan dahulu.
Menerusi laman Twitter, Dr. Rafidah Abdullah berkongsi isi mesej yang diterimanya yang mendakwa terdapat pihak yang tidak bertanggungjawab memotong barisan demi mendapatkan vaksin.
Received many messages such as this. We need to ensure distributive justice & instill trust to our national immunisation programme.
Perhaps MOSTI YB @Khairykj can consider having an independent channel for people to file in complaints & ensure repercussions for queue jumpers. pic.twitter.com/AbaGGcbqYf
— Dr. Rafidah Abdullah (@rafidah72) February 28, 2021
Perkara tersebut mendapat perhatian daripada Khairy Jamaluddin, Menteri Sains, Teknologi & Inovasi merangkap Menteri Penyelaras Imunisasi COVID-19 dan memaklumkan pihaknya memandang serius perkara terbabit.
Terima kasih @rafidah72. Saya pandang sangat serius isu queue jumper ini. Saya telah maklum perkara ini kepada @DGHisham agar tiada pemotongan queue. Whistleblower boleh hantar emel secara anonymous terus kepada saya [email protected] dan saya akan siasat. https://t.co/HChBkQ8owK
— Khairy Jamaluddin 🇲🇾🌺 (@Khairykj) February 28, 2021
Terbaru, kerajaan mempertimbangkan tindakan denda dan kompaun kepada mana-mana individu yang didapati memotong giliran untuk mendapatkan vaksin.
Tindakan memotong barisan vaksin itu dilihat tidak bertanggungjawab dan mementingkan diri sendiri, seharusnya wajar diambil tindakan yang keras.