Trending By: Padin June 11, 2021 @ 1:59pm

“Dalam Pada Terluka, Dia Tidak Sedar Ada Seseorang….” – Achey Sembuh Dari Sakit

Selepas berjaya meraih 34 juta tontonan di YouTube dengan single Sakit yang dilancarkan tahun lalu, penyanyi dan pelawak Achey kini melancarkan pula lagu berjudul Sembuh.

Menjadi kesinambungan lagu Sakit, lagu Sembuh yang juga hasil ciptaan sepenuhnya Achey dilancarkan secara rasmi pada 5 Jun lalu di saluran YouTube Seventeen Eleven Music.

Selepas lima hari dilancarkan, video muzik rasmi Sembuh sudah mencecah hampir 400,000 tontonan dan kekal berada di kedudukan carta trending.

Masih mengekalkan genre sama dengan single terdahulu, Achey berkata lagu Sembuh mempunyai sedikit kelainan dari segi bunyi dan penghayatan lagu itu.

“Komposer dan lirik lagu ini daripada saya sepenuhnya. Cuma gubahan muzik oleh Baby Majistret bersama pasukannya. Syarikat rakaman 17 Eleven menggalakkan saya cipta dan buat lirik.

“Dalam masa sama, saya sebenarnya suka pada sentuhan sendiri. Sebab kalau menjadi dan diterima baik, ia adalah hasil kerja saya dan ia satu rahmat. Kalau sebaliknya, ia tetap hasil kerja saya dan tidak membabitkan orang lain.

“Genre lagu ini balada, sama macam lagu Yang Terindah dan Sakit. Tapi, warna dalam lagu ini adalah kesinambungan daripada lagu Sakit. Penghayatan juga lain daripada lagu sebelum ini. Jadi, ia sedikit berbeza,” katanya.

Berkongsi mengenai lagu Sembuh, Achey berkata ia adalah kesinambungan lagu Sakit.

“Menerusi lagu Sembuh ini ia menceritakan bagaimana kisah selepas lelaki itu meninggalkan wanita terbabit menerusi lagu Sakit. Lagu ini memaparkan yang mana dia sebenarnya masih terkesan.

“Dalam pada terluka, dia tidak sedar ada seseorang yang sanggup menerima dirinya seadanya dan sanggup berkorban dalam apa cara sekali pun. Luka yang masih ada itu memberi kesan kepada kerjaya dan orang sekeliling.

“Jadi, disebabkan itu kehadiran wanita itu adalah untuk menyelamatkan diri lelaki terbabit dan orang sekeliling supaya tidak terus tejejas. Pendek kata, luka lama sembuh disebabkan wanita ini yang mana tanpa disedari pun,” katanya.

Sama seperti lagu lain, Achey meletakkan diri dalam lagu Sembuh agar penghayatan dan jalan cerita lagu itu lebih dirasai.

“Lagu ini berkaitan degan kehidupan saya. Sebab saya suka meletakkan diri saya dalam lagu. Macam lagu Sakit, saya dapat rasakan pengalaman orang lain yang diceritakan pada saya.

“Dari situ saya cuba selami perkara itu dan terhasillah lagu Sakit. Apabila nak menjadikan kesinambungan lagu itu, saya kena letakkan diri sendiri dalam lagu ini. Saya berasakan ia adalah diri saya. Apabila ia berkaitan kisah diri sendiri, maka ada ‘feel’ dan mudah diselami apabila menyanyikan lagu ini. Itu yang saya praktikkan dalam setiap lagu saya,” katanya lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 21 Jan 2022
Featured Wed, 1 Dec 2021

Gara-Gara Susah Cari Jodoh, Pemuda Tekad Merisik Rakan Sekerja

Bercakap soal jodoh, ia memang tidak dapat diramalkan. Rupa-rupanya tanpa kita sedari, orang yang ada di depan mata kita sebenarnya adalah jodoh kita. Sebab itulah orang tua selalu berkata, jangan gaduh-gaduh sangat, takut lama-lama nanti

Trending Thu, 7 Oct 2021

Akim & Stacy Tubuhkan Kumpulan DUNYA

Tidak dinafikan sepanjang tempoh hampir dua tahun negara dilanda pandemik Covid-19, industri hiburan tempatan terutama arena muzik sunyi. Tidak banyak perkembangan baharu dilihat. Enggan terus dibelenggu kesepian, penyanyi Akim Ahmad dan Stacy menerusi syarikat rakaman

Trending Tue, 2 Jun 2020

Tidak Perlu Pakai Pelitup Muka Di Semua Tempat, Bergantung Kepada Situasi- KKM

Kot ye pun nak patuh SOP tengok la situasi dulu..

Trending Tue, 8 May 2018

Gunung Berapi Di Pulau Hawaii Meletus

Gunung Berapi Di Pulau Hawaii Meletus Ribuan Penduduk Diarahkan Berpindah

Featured Tue, 25 May 2021

Vaksin AstraZeneca Akan Dibuka Kepada Individu Bawah 60 Tahun Mulai Esok

Berita baik buat mereka yang masih belum mendaftar vaksin! Slot tempahan kepada individu bawah 60 tahun bagi pusingan kedua vaksin AstraZeneca akan dibuka mulai  esok (Rabu) bermula jam 12 tengah hari. Perkara itu dimaklumkan Menteri

| Live TV