Wah, tuah ayam nampak di kaki, tuah diva AA siapa yang tahu!
Nampaknya rezeki pengacara Azwan Ali semakin bertambah setelah membuat kemunculan dalam program Lagu Cinta Kita 2.
Menerusi laman Instagram, Diva AA sempat memuat naik khabar gembira apabila dikatakan mendapat tawaran untuk bekerjasama bersama Dato Seri Vida.
“Nak accept ke tak? duit yang ada pun tak habis nak makan” – Diva AA
Difahamkan, Diva AA mendapat tawaran untuk sebuah program game show bersama DSV.
Azwan sempat bertanya kepada para pengikut di Instagramnya. Rata-ratanya teruja untuk melihat gandingan dua personaliti sensasi dan penuh kontroversi ini.
Terdahulu, Diva AA dan DSV dikatakan pernah bertelagah akibat isu minyak wangi.
Apapun, tak sabar nak tengok gandingan Diva AA dan DSV bersama! Confirm bikin kecoh!
Jangan lupa saksikan LCK2 setiap hari Ahad, pukul 9.00 malam di TV3!
Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang program TV3, layari www.xtra.com.my dan ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @TV3Malaysia.
Gunakan #LaguCintaKita2 untuk menghangatkan lagi perbualan di laman media sosial.