Trending By: tex_admin February 28, 2019 @ 5:03pm

Dari tukang cuci ke pelakon wanita terbaik Oscar, Olivia Colman cipta sejarah

Malam Anugerah Academi edisi ke-91 diakhiri dengan kemenangan yang cukup bermakna buat pencinta filem Hollywood.

Dari acara karpet merah ke majlis penyampaian anugerah, semuanya kelihatan sempurna.

Bagaimanapun, kemenangan Olivia Colman yang merangkul anugerah Pelakon Wanita Terbaik hasil lakonannya sebagai Queen Anne dalam filem The Favourite paling mencuri perhatian.

Dalam filem itu, watak yang dipegangnya adalah berdasarkan kisah sebenar Permaisuri England, Scotland dan Ireland pada sekitar tahun 1702 dan 1707.

Foto: Saporta Report

Meskipun ini pencalonan pertama, tetapi berjaya membuahkan hasil bagi Olivia apabila memenangi anugerah berprestij itu.

Sebelum mencapai kejayaan itu, kehidupan Olivia bukanlah mudah. Beliau terpaksa bekerja dalam bidang yang tiada kaitan langsung dengan seni lakon yang diminatinya termasuklah menjadi pekerja kebersihan sekitar tahun 2000.

Namun begitu, beliau tidak berputus asa dan mencuba sedaya upaya bagi merealisasikan impiannya, iaitu untuk berjaya dalam bidang lakonan.

Pelakon British ini sudah berada dalam dunia hiburan selama dua dekad dan banyak memberikan sumbangan kepada industri seni melalui karyanya.

Foto: BBC

Dalam ucapannya ketika menerima anugerah tersebut, beliau berkata, impian boleh menjadi satu kenyataan jika ada kemahuan dan kesungguhan.

“Ketika saya bekerja sebagai pekerja pembersihan, saya akan berangan-angan untuk menjadi pemenang anugerah ini dan membuat ucapan di atas pentas.

“Bagi kanak-kanak perempuan di luar sana yang sedang berlatih membuat ucapan kemenangan, teruskan! Anda tidak akan tahu jika satu hari nanti ia akan menjadi kenyataan,” katanya.

Sejak tahun 2000, beliau membintangi beberapa drama bersiri seperti Broadchurch, Fleabag dan The Night Manager. Filemnya yang paling dikenali adalah Murder on the Orient Express bersama-sama Johnny Depp.

Foto: IMDb

Walaupun telah banyak memenangi anugerah bagi hasil kerjanya, tetapi Olivia akui, angerah Oscar ini yang paling mengejutkannya dan tidak disangka-sangka.

“Ini benar-benar memberi tekanan kepada saya. Sangat menyentuh hati. Saya mendapat Oscar!” katanya dengan gembira pada malam anugerah tersebut.

Kejayaannya benar-benar membuktikan bahawa tiada yang mustahil. Buat anda di luar sana yang masih berangan-angan untuk melakukan sesuatu, jangan sesekali berhenti mencuba!

Sumber: CNBC

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 27 Aug 2018

「5大厨房实用小物」不用再烦水煮蛋怎么捞

可别以为马来西亚有大创(Daiso),到韩国旅游时就不值得一看,其实里面还是有很多实用小物可以挖宝!

Trending Mon, 21 May 2018

Bulan Madu? Nanti Dulu…

Meghan, aktres televisyen Amerika Syarikat (AS) yang berdarah campuran juga mencatat sejarah tersendiri apabila berjalan di lorong gereja sendirian sebelum disambut Charles untuk diserahkan kepada Harry selain memberi ucapan dalam majlis resepsi pada sebelah malam.

Hiburan Wed, 12 Apr 2023
Selebriti Mon, 4 Dec 2023
Featured Thu, 2 Sep 2021

Penjawat Awam Boleh Perbaharui Cukai Jalan & Bayar Insurans Kenderaan Secara Ansuran

Penjawat awam berpeluang membuat pembayaran ansuran untuk memperbaharui insurans kenderaan bermotor milik sendiri dan cukai jalan tanpa faedah melalui potongan gaji. Menurut Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan, inisiatif tersebut bakal memberi peluang kepada […]

Featured Mon, 6 Sep 2021

Hadiah Istimewa Tengku Permaisuri Selangor Kepada Nur Fazura Curi Perhatian Ramai

Hubungan baik antara Tengku Permaisuri Selangor (TPS), Tengku Permaisuri Norashikin dan aktres jelita, Nur Fazura terjalin sejak dahulu lagi. Terbaru, menerusi laman Instagram Story Fazura, aktres itu menzahirkan ucapan terima kasih buat TPS yang memberikannya hadiah […]