Mungkin kerana pencapaian mereka yang bukan calang-calang!
Tahniah diucapkan kepada Dato Dr Sheikh Muszaphar dan Dato Siti Nurhaliza kerana mendapat pengiktirafan sebagai ‘World’s Most Admired In Malaysia’.
Menerusi pportal YouGov, Dato Dr Sheikh Muszaphar mendapat tempat pertama bagi kategori Lelaki Yang Paling Dikagumi Ramai manakala Dato Siti Nurhaliza mendapat tempat pertama dalam kategori Wanita Paling Dikagumi Ramai.
Menerusi kapsyen di Instagram, Dato Dr Sheikh Muszaphar mengucapkan terima kasih kepada semua.
Antara tokoh yang turut tercalon bagi kategori lelaki adalah Tun Dr Mahathir Mohamad, Dato Lee Chong Wei, Jack Ma dan ramai lagi.
Manakala, Tun Siti Hasmah, Dr Amalina Che Bakri dan Dato Nicole David antara yang memonopoli tangga teratas bagi kategori wanita.