Trending By: SGMS Faida April 13, 2018 @ 4:59am

Dedah Rahsia Terbaru, Penjaga Pintu Menara Trump Terima AS$30,000

Wow, kontroversi demi kontroversi menimpa Presiden Donald Trump kebelakangan ini. Yang terkini, beliau dikatakan memiliki anak luar nikah hasi hubungan sulit bersama penjaga rumahnya sendiri!

Maklumat ini disampaikan sendiri oleh bekas penjaga pintu Menara Trump kepada sebuah tabloid ‘National Enquirer’.

Penyampai maklumat itu juga dikatakan menerima bayaran berjumlah AS$30,000 (RM116,250) dari sebuah tabloid berkenaan.

Menurut laporan akhbar The New Yorker, mereka tidak menemui sebarang bukti kukuh bagi menyokong dakwaan dibuat Dino Sajudin bahawa Trump ialah bapa kepada seorang anak perempuan yang kini sudah berusia 29 tahun.

Ketua Pengarang National Enquirer, Dylan Howard bagaimanapun mengesahkan pembayaran itu dalam sebuah rencana di laman berita selebriti, Radar Online yang turut dimiliki syarikat sama, American Media Inc (AMI).

AMI ketika dihubungi mengesahkan bayaran dibuat kepada Sajudin.

Memetik sumber rahsia dari AMI, penulis Ronan Farrow dari New Yorker berkata, National Enquirer memutuskan untuk menyembunyikan perkara terbabit selepas membeli hak eksklusif kisah itu, khusus melindungi nama baik Trump yang sedang bertanding dalam pilihan raya presiden pada tahun 2016, satu amalan dikenali sebagai ‘tangkap dan hapus’ di kalangan media Amerika.

AMI menafikan dakwaan berkenaan dan berkata cerita terbabit tidak diterbitkan kerana tidak memiliki sebarang kredibiliti.

New Yorker juga melaporkan, sumber dalaman AMI itu percaya amalan ‘tangkap dan hapus’ berkenaan berjaya melindungi ‘kerjasama’ di antara Trump dan Ketua Pegawai Eksekutif AMI, David Pecker.

Sumber: Agensi

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Fri, 22 Apr 2022
Featured Wed, 29 Sep 2021

Rentas Negeri Hanya Dibenarkan Untuk..

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) memaklumkan  kebenaran rentas negeri bagi tujuan aktiviti pelancongan hanya dibenarkan menerusi Gelembung Pelancongan Langkawi. Menerusi kenyataan rasmi daripada MOTAC, kebenaran itu masih tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan

Cahaya Mata Fri, 12 May 2023
Cahaya Mata Mon, 29 Aug 2022
Featured Tue, 20 Sep 2022
Cahaya Mata Wed, 4 Jan 2023
Featured Sat, 3 Dec 2022

Jangan Mudah Leka, Ini Nasihat Fathi Hussein Kepada Anak Muda

Pempengaruh Fathi Hussein yang juga merupakan seorang guru, terkenal dengan teknik mudahnya dalam menguasai mata pelajaran matematik tambahan. @mcplus.myawak hanya ada masa sekarang sahaja untuk lakukan yang terbaik ✨♬ original sound – mcplus.my Menerusi perkongsian

Trending Tue, 13 Aug 2019

| Live TV