Trending By: SGMS Enal September 9, 2019 @ 10:25am

Dewan Tun Razak PWTC Terbakar!

Dewan Tun Razak, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) yang sedang berlangsung Pameran Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA Fair) untuk hari terakhir dikatakan terbakar semalam.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur dalam satu kenyataan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 1.26 petang.

“Susulan itu, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sentul dan BBP Titiwangsa dengan kekuatan 30 anggota dikerah ke lokasi kejadian bersama tiga jentera.

“Sebaik tiba, kita mendapati terdapat asal tebal di bahagian tangga tingkat satu bangunan itu.

“Kebakaran melibatkan barang-barang yang disimpan di bawah ruangan tangga di tingkat 1. Keluasan kebakaran dianggarkan 10 kali 10 kaki persegi dan terbakar 10 peratus,” memetik kenyataan tersebut.

Kebakaran dapat dikawal 1.52 petang dan api padam sepenuhnya pada pukul 1.59 petang.

“Sebanyak 10 peratus terbakar di ruang berkenaan dan tidak membabitkan mangsa.

“Punca kejadian masih dalam siasatan,”

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Program TV Wed, 3 Aug 2022

“Benda-Benda Macam Ni Ada” – Detik 12 Malam Bakal Naikkan Bulu Roma Penonton

Jangan lupa tonton Detik 12 Malam setiap Jumaat, 11.30 malam di TV3.

Hiburan Tue, 7 Nov 2023
familuv Sat, 3 Dec 2022

Hasil Kerja Keras Bersama, Amyra Rosli & Amar Baharin Beli Kereta Baharu

Baru-baru ini, pelakon Jelita Amyra Rosli memuat naik sebuah perkongsian di laman Instagramnya sehingga berjaya meraih perhatian ramai. Menerusi hantaran tersebut, Amyra menunjukkan kereta yang dibeli olehnya dan suaminya yang juga merupakan seorang pelakon iaitu […]

Trending Mon, 19 Nov 2018

Jin Wei Raih Kejuaraan Remaja Dunia Kali Kedua Di Kanada

Jin Wei sebelum ini turut mengharumkan nama negara apabila mencipta sejarah menjadi atlet pertama Malaysia memenangi pingat emas pada edisi ketiga Sukan Olimpik Remaja di Buenos Aires, Argentina,

error: Content is protected !!