Pelbagai kes kehilangan berlaku sejak akhir-akhir ini. Terbaru, tular di laman sosial apabila seorang gadis yang dikenali dengan nama Najmee Nazam memuat naik sebuah tweet kehilangan datuknya, Haji Ramli yang masih belum ditemui sehingga sekarang.
Saya memohon jasa baik semua untuk RT dan viralkan. Atuk saya, Haji Ramli (85 tahun, 158-160cm), hilang sejak 6 Mei 2019 (1 Ramadhan). Kali terakhir dijumpai memakai baju melayu kuning, seluar panjang gelap dan berselipar kulit. pic.twitter.com/W5WpDsrcF1
— najmeen (@najmeenazam) May 7, 2019
Haji Ramli dilaporkan hilang di sekitar kawasan rumah keluarganya di Bandar Sri Damansara pada 6 Mei lalu. Menurut gadis ini, kali terakhir datuknya dilihat ketika beliau berada di halaman rumah sekitar jam 6.00-6.30 petang sewaktu mereka sekeluarga sedang sibuk bersiap sedia ke masjid untuk berbuka puasa.
Pada 9 Mei yang lalu, Haji Ramli dilaporkan dilihat oleh orang awam sekitar bandar Kajang dalam keadaan berpakaian baju melayu kuning, berseluar panjang dan berselipar kulit. Namun begitu, keluarga beliau yang mencari di kawasan tersebut tidak menemui sebarang petunjuk mengenai keberadaannya.
Pencariannya turut dilakukan di kawasan berdekatan dan kawasan hospital namun masih gagal ditemui sehingga kini. Haji Ramli, berusia 85 tahun turut menghidapi penyakit darah tinggi.
Kami di team Xtra mendoakan Haji Ramli ditemui dalam keadaan sihat dan selamat. Ayuh! sama-sama kita bantu menjejaki Haji Ramli.