Trending By: Attiqah Mohd April 29, 2019 @ 12:35pm

Di Mana ‘Salvator Mundi’? Misteri Kehilangan Potret Lukisan Paling Mahal Di Dunia

Muzium ternama di Paris iaitu Muzium Louvre bakal mengadakan pameran lukisan yang menampilkan karya-karya agung pelukis terkenal, Leonardo Da Vincci. Pameran lukisan ini diadakan bertujuan untuk memperingati kematiannya 500 tahun yang lalu di Perancis. 

Pada tahun 2017, ‘Salvator Mundi’, sebuah potret lukisan Da Vincci telah dijual dalam suatu acara bidaan dengan harga bernilai 450 juta, sejurus acara itu, lukisan ini tidak lagi dipamerkan secara umum menyebabkan ramai yang mempersoalkan mengenai identiti pemilik asalnya dan ketulenannya. 

Potret lukisan yang menampilkan Jesus itu pada mulanya dijadualkan dipamerkan secara umum di Muzium Louvre Abu Dhabi pada September lalu namun pamerannya ditangguhkan oleh pihak muzium tanpa sebarang penjelasan. 

Muzium Louvre Abu Dhabi enggan memberikan penjelasan mengenai identiti pemilik lukisan ini dan hanya mengeluarkan kenyataan bahawa Jabatan Kebudayaan dan Pelancongan yang “memilikinya”.

Khabar angin mengenai misteri ‘kehilangan’ lukisan bernilai ini semakin kencang bertiup menjelang kunjungan lawatan Presiden Itali, Sergio Mattarella. Lawatan ini turut disertai oleh Presiden Perancis, Emmanuel Macron. Lawatan tersebut akan diadakan di Loire Valley pada hari Khamis, acara ini bersempena untuk memperingati kematian pelukis ulung itu, di usia 67 tahun pada tahun 1519.

“Pihak muzium Louvre telah meminta Jabatan Kebudayaan dan Pelancongan di Abu Dhabi untuk memberikan lukisan tersebut  sebagai  pinjaman,” kata jurucakap Louvre kepada AFP. “Tetapi sehingga kini kami masih  belum mendapat sebarang jawapan.”

Menurut Wall Street Journal, potret lukisan tersebut telah dibeli oleh putera raja Saudi iaitu Badr Ibn Abdullah, yang menggunakan nama putera mahkota Saudi, Mohammed bin Salman.

Bagaimanapun, putera raja itu tidak mengesahkan atau menafikan perkara berkenaan. 

Mohammed Bin Salman sebelumnya pernah mencetuskan kontroversi apabila dikatakan terlibat dalam pembunuhan seorang wartawan Saudi iaitu Jamal Kashoggi di Istanbul namun putera raja Saudi itu menafikan tuduhan tersebut.

Potret lukisan Salvator Mundi turut menjadi perdebatan hangat dalam kalangan pakar lukisan terkenal, sebilangannya meragui bahawa potret itu merupakan karya tulen Da Vincci. 

Pameran lukisan yang akan diadakan pada musim luruh itu akan menyatukan kumpulan unik karya seni terulung, pameran ini dikatakan hanya mampu dijalankan oleh satu-satunya muzium ternama Louvre, walaubagaimanapun, kepastian mengenai ‘Salvator Mundi’ dipamerkan kepada orang awam masih kekal menjadi tanda tanya. 

“Sekiranya pihak muzium Louvre masih belum menerima sebarang jawapan dari Abu Dhabi sebelum hari pameran tersebut, kemungkinan karya itu tidak boleh dipamerkan di sana”, ulas Franck. 

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 21 Mar 2023
Trending Sat, 14 Dec 2019

Greta Thunberg, 16, dinamakan ‘2019 Person of the Year’ oleh majalah TIME

Kecil molek tetapi kebijaksanaannya mengalahkan orang tua!

Trending Mon, 4 May 2020

[Terkini] Kita Belum ‘Raya’ PKPB Masih Ada

Marilah kita galas tanggungjawab ini bersama-sama!

Featured Thu, 23 Jun 2022
Trending Tue, 16 Apr 2019

Guru berpakaian pengantin sempena sambutan Hari Guru di sekolah. Sakan sungguh!

Sekali-sekala bergaya seperti pengantin, apa salahnya?