Categories: Trending

“Dia Buat Tak Tahu Macam…” – Misha Omar & Suami Juga Gagal Daftar Vaksin

Bagi mereka di luar sana yang sedih atau frust kerana tidak berjaya mendapatkan slot temujanji vaksin AstraZeneca semalam, ketahuilah bahawa ramai lagi masyarakat kita masih tidak berjaya mendapatkan janji temu semalam.

Sama  seperti penyanyi popular tanah air, Misha Omar juga antara mereka yang gagal mendapatkan slot temu janji untuk mendapatkan vaksin berkenaan.

Perkara ini turut dikongsi Misha menerusi hantaran di laman instagramnya semalam.

Menurut Misha, beliau dan suami juga gagal mendapatkan slot temujanji bagi mendapatkan vaksin AstraZeneca yang dibuka buat kali  kedua ini.

“Perjuangan masih belum selesai…Kami berdua suami isteri masih gagal dptkan temujanji vaksin” 

“Corat coret nak daftar untuk mendapatkan vaksin harini adalah momen page tu sangkut bila pilih tempat tapi bila kita klik, dia buat tak tahu pula dekat kita…”

“Tekan-tekan, geletek-geletek, reaksi dia tetap sama…sudahla begitu..sibuk nak suruh kak mitch mengaku banyak kali kak mitch bukan robot..kak mitch bukan robot..”

“Setelah beberapa ketika, lepas laaa next stage dia hidangkanla kita dengan date nak dipilih…tekan semua date, tetap dia mainkan perasaan kak mitch”

Namun begitu, Misha bagaimanapun menasihati agar semua rakyat Malaysia tidak berputus asa untuk mendapatkan vaksin kerana ianya sangat penting dalam menjaga kesihatan diri sendiri dan orang sekeliling.

“Kita cuba lagi next time ok? Kita berlumba lagi utk perlumbaan yang akan datang Stay Safe jangan keluar rumah”

 

Sumber : instagram

Salma Syahbuddin