Trending By: SGMS Faida February 15, 2019 @ 6:59pm

Dicabar Bumi Sebenarnya Sfera, Dr Sheikh Muszaphar Tampil Dengan Penjelasan Padu!

Kecoh di sosial media apabila bekas anggota kumpulan UNIC Suhaimi Saad mencabar angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor bersumpah memperakui bahawa bentuk bumi itu sememangnya sfera dan bukanlah rata. 

Tanpa menyebut nama sesiapa, angkasawan Islam ke sembilan itu tampil dengan sebuah entri berhubung bentuk sebenar bumi. 

” Mengelilingi bumi sebanyak 16 kali sehari, setiap 45 minit matahari terbit dan terbenam. Mengelilingi orbit dengan kelajuan 27000km/hr. 

” Amat sukar untuk digambarkan suasana di angkasa lepas. Bergetar jiwa sepanjang 12 hari di sana. Masya Allah…SubhanAllah…,” katanya.

Beliau menceritakan berdasarkan pengalaman di angkasa lepas, beliau melihat bumi berbentuk sfera atau lebih tepat, geo-sfera selain tertumpu di kutub dan membonjol di garisan Khatulistiwa.

“Bentuknya bukan seperti bola, lebih seperti telur. Setiap orang harus ke angkasa lepas jika diberi peluang.

“Ia mengubah perspektif anda mengenai kehidupan secara total, menjadikan anda lebih yakin dengan Pencipta. Pengalaman di sana sangat mengagumkan dan spektakular.

“Sukar sebenarnya untuk mengubah pemikiran golongan ‘flat earth’ (yang mempercayai bentuk bumi ini rata). Tetapi saya di sini berkongsi pengalaman terhadap apa yang saya lihat,” katanya.

 
Tambahnya, atas nama Allah, beliau memaklumkan perkongsian yang dimuatnaik pagi ini merupakan apa yang datang dari hatinya.
Sebelum ini, penyanyi nasyid memuatnaik kenyataan di sosial media mencabar Angkasawan Negara itu untuk bersumpah dengan nama Allah bahawa bumi berbentuk bulat sfera seterusnya kenyataan Suhaimi dikecam teruk oleh netizen.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 15 Jan 2019

Kerajaan M’sia akan mewujudkan akta pelindungan bagi hak dan kebajikan warga emas

Selepas ini, mereka yang mendera atau mengabaikan ibu bapa tua mereka akan dihukum!

Trending Thu, 21 May 2020
Trending Mon, 10 Dec 2018

“Rindu Sebagai Seorang Kawan” – Sharifah Rose

Sudah berdamai, namun bukan kembali bercinta dengan Ismail Izzani.

Featured Wed, 21 Sep 2022
Trending Fri, 8 Mar 2019

Total Startupper Challenge 2018 – 2019 Rewards Its Winners

The Total Startupper Challenge 2018 – 2019 recently just announced the winners of the challenge at an exclusive award ceremony.

Featured Thu, 7 Oct 2021

“Jangan Dibiarkan Malaun-Malaun Ni Terlepas” – Netizen Mahu Hukuman Mandatori Buat OKT Kes Zulfarhan Osman

Kes pembunuhan melibatkan kadet UPNM, Zulfarhan Osman yang didera dan diseterika sehingga maut oleh penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) hampir menemui penghujung pada 2 November ini. Difahamkan, sehingga ke hari ini hakim telah menolak

| Live TV

error: Content is protected !!