Trending By: Salma Syahbuddin June 30, 2021 @ 6:17pm

Didakwa Berebut Abang Angkat, Remaja Buli Rakan Kini Dikenal Pasti

Budaya gengsterisme atau buli dalam kalangan pelajar hari ini bukanlah perkara yang baharu. Namun, itu tidak bermakna pihak berkuasa sekadar ‘menutup mata’ mengenai masalah ini.

Justeru itu, polis kini sudah mengenal pasti sekumpulan remaja perempuan yang terlibat dalam video yang tular beberapa hari lalu menerusi media sosial selepas laporan diterima daripada mangsa.

Pijak dan tampar kepala !

Difahamkan, video berdurasi 2 minit 20 saat itu menunjukkan seorang remaja memakai baju berwarna kuning telah menarik rambut mangsa sehingga membuatkannya terduduk sebelum memijak dan menampar kepala mangsa akibat berebut abang angkat.

Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid, siasatan awal mendapati kejadian berlaku di kawasan tangga perumahan pangsapuri di Kelana Jaya dan ketika itu terdapat rakan suspek yang merakam perbuatan berkenaan dan menularkannya di aplikasi WhatsApp serta Instagram milik suspek.

“Kejadian dipercayai kerana cemburu hubungan pengadu dengan abang angkat iaitu seorang lelaki tempatan.”

Berhenti la buat benda ni, nanti besar kepala dia ramai follow…”

Apa yang lebih menarik perhatian, hantaran yang dimuat naik oleh pengguna Twitter yang dikenali sebagai @fakhrul_samerin menerusi ciapan @aemieruls ini ternyata ada betulnya.

Didakwa akaun instagram remaja yang dilihat memukul rakannya itu kini  mencecah 65,000 pengikut dalam masa satu hari sebaik sahaja video buli berkenaan tersebar.

Dan ternyata, ramai pengguna twitter bersetuju dengan isu yang dibangkitkan kerana perkara sebegini dikhuatiri akan menjadi ikutan anak muda pada hari ini semata-mata mahu meraih followers yang tinggi.

 

Untuk rekod, sekumpulan remaja perempuan tersebut berusia dalam lingkungan 12 ke 13 tahun dan kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 17 Oct 2023

Alamak, Wajah Dah Ada Tanda Penuaan? Cepat Check 3 Perkara Ni!

Kulit wajah yang cantik adalah aset bagi wanita. Apabila usia meningkat, kulit wajah akan mula nampak perubahan. Penuaan boleh berlaku awal kalau korang tak jaga kesihatan kulit korang dengan betul. Ramai yang nakkan kulit wajah […]

Hiburan Thu, 23 Nov 2023

Jumpa Banyak Syiling Bertaburan, Jualan Merosot….Cat Farish Kena Gangguan Mistik?

Dengki betul dengan bisnes orang eh! Semoga abang Cat Farish dan isteri dilindungi selalu🤲🏻

Featured Fri, 17 Mar 2023
Hiburan Thu, 9 Feb 2023