Featured By: Aqilah Paharuzi February 9, 2023 @ 9:59am

Didakwa Berlagak, Terlalu Garang, & Tak Nak Dikaitkan Dengan Meerqeen, Anna Jobling Selar Individu Mulut Celupar – “Get A Life!”

Heboh di media sosial berhubung individu menyebarkan dakwaan berbaur fitnah terhadap pelakon jelita, Anna Jobling di media sosial Twitter.

Individu yang dipercayai menggunakan akaun palsu itu memuat naik beberapa ciapan mendakwa Anna seorang selebriti baru yang berlagak, serta terlalu garang.

Bukan itu sahaja, individu tersebut turut mempersoalkan tindakan Anna yang tidak mahu dikaitkan dengan heronya dalam drama Melur Untuk Firdaus, Meerqeen.

Berdasarkan ciapan-ciapannya, difahamkan individu tersebut sepertinya salah seorang peminat Meerqeen dan Anna dari Indonesia.

“Di live TikTok tadi Anna kelihatan banget(sangat) sifat aslinya yang ga (tak) mau kalah, dan garang juga. Ga mau banget dikaitin sama Meme (Meerqeen), bahkan Meme mau join live aja ga mau. Kenapa deh lu Anna, fuck la sifat you yang garang sangat,” tulisnya.

Menerusi ciapan lain, individu tersebut turut mendakwa Anna berlagak kerana disyaki tak membenarkan Meerqeen untuk sertai siaran langsung bersama.

“Selalu annoying bila live tak mau disangkut pautin banget sama Meme, fans akan lebih annoying bila you macam tu lah, arrogant. Terus Meme tak boleh join live nya.. Apaan si lu artis baru kemain berlagak,” tambahnya.

Tidak berdiam diri, Anna tampil membidas ciapan mulut celupar individu tersebut di Twitter miliknya.

“Dah tahu garang, baik diam. Get a life.. At least saya tak sebarkan perkara fitnah mengenai orang yang saya tak kenal,” balasnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 5 Oct 2021

“Buka Aib Sendiri, Content Mengundang Laknat..”- Ustaz Ini Perjelas Hukum Content Viral Tanpa Batas

Baru-baru ini, beberapa kes content viral melibatkan Youtuber yang membuat rakaman di tanah perkuburan membuatkan ramai yang berang. Bukan sahaja dilihat tidak menjaga sensitiviti, malah netizen mengkritik mereka tidak menggunakan akal fikiran yang waras dan hanya mengejar

Featured Thu, 1 Apr 2021

Bazar Ramadan & Bazar Aidilfitri Akan Ditutup Jika Tidak Patuh SOP

Walaupun operasi bazar Ramadan pada tahun ini dibenarkan, namun Majlis Keselamatan Negara (MKN) bertegas akan menutup mana-mana gerai yang beroperasi dalam bazar Ramadan dan Aidilfitri sekiranya gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan kerajaan. Bagi

Hiburan Wed, 21 Aug 2019

‘Itu Hanya Lakonan, Saya Masih Gagah’- Fikry Ibrahim Jawab Soalan Warganet

Takkan lah berlakon watak lembut bermakna dia tu betul-betul lembut…ye tak?

Featured Mon, 26 Nov 2018

Betulkah Perbuatan Menanggalkan Makeup Mata Boleh Menyebabkan Kedutan? Ini Jawapannya

Selama ini kita gosok-gosok bahagian mata kita tanpa terfikir tentang akibatnya.

Trending Tue, 3 Jul 2018

Here’s the Full List of Malaysia’s New Cabinet

Here’s all their names, positions and faces.

Hiburan Mon, 1 Apr 2019

Aman Nassim Pilih Pensyarah Jadi Isteri

Selamat Pengantin Baharu Aman & Baizura!

| Live TV