Trending By: SGMS Enal December 18, 2019 @ 11:08am

Diejek ‘Lady Boy’, Remaja Didakwa Tembak Mati Rakan

Seorang remaja lelaki berusia 13 tahun menembak mati rakan sekelasnya selepas dipercayai dibuli dan dihina dengan panggilan ‘lady boy’. Kejadianini berlaku di sebuah sekolah di Bang Kraso, Daerah Muang di Nonthaburi, dekat Bangkok hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 8.30 pagi waktu tempatan, mangsa, Chonlasit Boonchan, 13, ditemui terbaring berlumuran darah di hadapan bilik darjahnya. Dia telah ditembak di dahi.

Yayasan Penyelamat, Yayasan Siamnontaburi memaklumkan suspek itu memakai topeng hitam, baju dan sarung tangan ketika dia melepaskan tembakan ke arah Chonlasit.

Katanya suspek segera melarikan diri dari tempat kejadian dan pergi ke tandas untuk menukar pakaian sekolahnya, bagaimanapun dia berjaya ditangkap oleh guru dan pelajar di sekolah itu.

Suspek memberitahu polis bahawa mangsa telah berulang kali menamparnya dan memanggilnya sebagai ‘toot’ (pondan) yang mendorong dia bertindak menembak mangsa.

Suspek turut memberitahu polis bahawa dia telah mencuri pistol bapanya pagi ini dan menembak Chonlasit ketika mangsa sedang membuka kasutnya untuk memasuki bilik darjah.

Polis turut menemukan sepucuk pistol 7.65 milimeter di dalam beg sandang remaja itu.

Remaja itu kemudiannya ditahan bagaimanapun pihak polis tidak mendedahkan tuduhan yang akan dikenakan ke atasnya.

Sumber: Bernama, Unit Penyelamat Siam

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 22 Jun 2021

Bantuan Kepada M40- Pensyarah Ekonomi

Kerajaan dicadang memperluaskan bantuan kepada golongan M40 dalam fasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0. Menurut Pensyarah Kanan Putra Business School, Profesor Madya Ahmed Razman Abdul Latiff, beberapa inisiatif jangka masa panjang boleh diambil dalam […]

Trending Fri, 10 Apr 2020
Trending Sat, 6 Jan 2018

Kanak-Kanak 9 Tahun Ditemui Mati DiPatuk Ular Tedung

Prapawee Prawat ditemui dalam keadaan tidak bernyawa oleh neneknya, Lung Chu

Featured Tue, 9 Jan 2024
Trending Fri, 30 Mar 2018

Bakal Pengantin Sempat Pergi Menyamun!

Bagaimanapun, peguam Ishak Kari yang mewakili tertuduh merayu jaminan rendah diberikan dengan alasan tertuduh yang bekerja sebagai pemandu lori akan melangsungkan perkahwinannya bulan depan dan semua persiapan telah dibuat.

Featured Thu, 3 Mar 2022