Trending By: SGMS Enal February 9, 2018 @ 5:55am

Dijangkiti ‘Cacing Dalam Kaki’ Gara-Gara

Percutian sememangnya sesuatu yang menyeronokkan dan dapat menenangkan fikiran. Tambahan pula, jika bercuti di kawasan pantai. Bunyi angin yang menderu, ombak yang menghempas pantai, sambil berjalan di pasir putih pasti sesuatu yang mengasyikkan.
 

Namun setelah membaca perkongsian daripada Katie Stephens anda mungkin berfikir dua kali untuk berjalan di pasir pantai tanpa memakai kasut. Dijangkiti “larva migrans” atau erti kata lain cacing di dalam kaki sewaktu bercuti di Punta Cana, Republik Dominica, menjadi satu pengalaman percutian yang mengerikan bagi Katie dan pasangannya.

 
Jom kita ikuti perkongsian beliau seperti di bawah.
Kepada sesiapa yang melancong di suatu tempat tropika, sila berhati-hati apabila berada di pasir dan sila pakai kasut! Baru-baru ini saya dan teman lelaki baru kembali dari Punta Cana dan mengetahui bahawa kami berdua dijangkiti larva migrans atau kata lain cacing di kaki.

 

Jika kaki anda menjadi sangat gatal, sila dapatkan pemeriksaan segera kerana kami fikir pada mulanya ia hanya gigitan serangga tetapi semakin hari menjadi lebih teruk. 
 

 
Kami tinggal di resort IFA villa bavaro, resort dan spa. Pihak Kesihatan Kanada menafikan permintaan kami untuk menerima ubat (ivermektin) yang kami perlukan untuk merawat jangkitan dan kami dipaksa untuk mendapatkan ubat dari negeri sahaja.
 
Walaupun begitu, saya ingin menekankan bahawa kami mendapat penjagaan kesihatan yang menakjubkan dari doktor dan jururawat, pengamal jururawat dan ahli farmasi. Kami mendapat penjagaan kesihatan yang hebat, hanya dalam kes ini kecewa dengan pihak Kesihatan Kanada.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 24 Aug 2022

Najib Razak Tinggalkan Nota Terakhir Buat Keluarga – “Ia Satu Perjalanan Yang Sedih Sekali…”

Yang baik itu datang dari Allah. Yang buruk itu datang dari diri kita sendiri. Moga dipermudahkan buat DS Najib.

Selebriti Sat, 3 Jun 2023
Trending Wed, 25 Nov 2020

Bantuan RM1,000 Untuk Golongan Asnaf Terjejas Covid-19

Semoga bantuan ini dapat meringankan beban mereka

Featured Wed, 17 May 2023