Trending By: SGMS Enal December 1, 2019 @ 11:27am

Dipercayai Hampir 10 Kesan Cucuk, KKM Tampil Siasat Isu Tangan Bayi

Sejak beberapa hari lalu, kecoh di media sosial mengenai perkongsian gambar yang memaparkan tangan seorang bayi dengan kesan suntikan yang banyak. Menurut laporan media tempatan, tangan bayi yang baru dilahirkan itu dilihat mempunyai kesan cucuk hampir 10 kali bertujuan untuk ambil darah.

Ekoran daripada perkara itu, Kementerian Kesihatan tampil untuk menyiasat dakwaan tersebut. Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye berkata bahawa suntikan hanya boleh dilakukan sebanyak dua percubaan sebelum dirujuk kepada pegawai berpengalaman.

Tambahnya, sememangnya diakui bahawa bayi mempunyai saluran darah yang kecil dan ianya menyukarkan pegawai perubatan untuk mendapatkan darah. Namun, ia bukanlah alasan yang boleh digunakan apabila terlalu banyak kesan suntikan dikesan pada tangan bayi.

Menjadi amalan kita kalau doktor tersebut gagal dua kali, dia perlu rujuk kepada doktor senior. Tidak boleh mencuba hingga 10 kali. Bagaimanapun, kita akan siasat.

Sejak beberapa hari lalu, seprang wanita telah berkongsikan gambar yang memaparkan tangan bayi kecilnya mempunyai kesan suntikan yang banyak pada kedua-dua belah tangannya. Melalui status berkenaan, wanita itu jelas sedih dengan tindakan doktor yang gagal mendapatkan darah sehingga menyebabkan tangan anaknya sedemikian rupa.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 21 Jul 2020

Sempadan Singapura-Malaysia Dibuka 10 Ogos Ini

Perhatian buat mereka yang bekerja di Singapura..

Trending Wed, 23 Oct 2019
Hiburan Thu, 21 Mar 2024
Featured Wed, 4 Jan 2023

Berang Dengan Komen Nakal Di Instagram, Ciapan Imran Bard Terlibat Kemalangan Raih Perhatian

Pempengaruh yang terkenal dengan gelagat lucu, Imran Bard menjadi tumpuan netizen kerana berang dengan komen nakal setelah dirinya terlibat dalam kemalangan jalan raya. My 2023 opening 🫶 pic.twitter.com/p2SOHlmbM3 — Imran Bard (@imemerang) January 2, 2023 […]

Featured Sat, 12 Nov 2022

Iron Baju Umrah Ibu, Aksi Anak Wan Maimunah Undang Sebak Warganet

Pelakon terkenal Malaysia , Wan Maimunah yang akan mengerjakan ibadah umrah tidak lama lagi telah meraih perhatian warganet di media sosial. @aidahshermerican Semoga dipermudahkan urusan Ibu Dunia Akhirat… Salam rindu kami buat Rasulullah SAW. #wanmaimunah […]

Featured Tue, 17 Jan 2023