Trending By: Attiqah Mohd May 29, 2019 @ 11:10am

Disamun Sebelum Dibunuh, Mayat Ditemui Di Dalam Semak Dipercayai Milik Pemandu Grab

Tular di media sosial apabila misteri kehilangan pemandu Grab, Mohd Hanafiee Jaafar yang dilaporkan hilang sejak Jumaat lalu kini menemui pengakhiran.

Mohd Hanafiee Jaafar, 27 tahun dilaporkan gagal dihubungi oleh ahli keluarga dan rakan terdekat sejak kehilangannya. 

Menurut Berita Harian, pada jam 12.30 tengah malam Ahad lalu, kereta dipercayai milik Mohd Hanafiee ditemui di kawasan tapak bazar Ramadan, Indah Permai, Sepanggar dan pemeriksaan mendapati ada kesan darah di bahagian stereng, brek tangan, pintu depan dan cermin.

Malam tadi, beberapa status dimuat naik di Facebook dan Tweet dipercayai dibuat ahli keluarga Mohd Hanafiee memaklumkan mayat ditemui di Kampung Shahbandar, adalah keluarga mereka yang dilaporkan hilang Jumaat lalu.

Disamun Sebelum Dibunuh 

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Omar  Mammah berkata, siasatan mendapati mangsa membawa kedua-dua suspek kira-kira jam 4 pagi Jumaat lalu, dari Kingfisher ke Tuaran.

“Siasatan juga mendapati sejumlah wang milik mangsa hilang, manakala barang lain masih dalam siasatan. Kedua-dua suspek berusia 20 tahun dan seorang daripadanya adalah warga asing. Kedua-dua suspek juga tidak bekerja,” katanya.

Beliau berkata, polis akan memohon reman hari ini ke atas kedua-dua suspek untuk siasatan lanjut.

“Bagaimanapun berdasarkan pengakuan, kedua-dua suspek melakukan samun ke atas pemandu Grab sebelum membunuh mangsa,” katanya.

Mayat Membengkak Selepas 2 Hari Dibunuh

“Mangsa dipercayai sudah meninggal dunia sejak dua tiga hari lalu berdasarkan keadaan tubuhnya yang mula membengkak dan kita percaya kejadian berlaku pada 24 Mei lalu.

“Siasatan masih diteruskan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.

Sementara itu, Omar berkata, pihaknya masih menjalankan pengecaman ke atas mayat mangsa bagi memastikan mangsa adalah pemandu Grab dilaporkan hilang sejak Jumaat lalu.

“Ahli keluarga pemandu Grab sudah dipanggil, tetapi mereka gagal membuat pengecaman itu pemandu Grab terbabit kerana keadaan mayat mulai reput.

“Jadi, kita akan menggunakan kaedah lain menggunakan cap jari dan DNA untuk mengenal pasti sama ada mayat itu pemandu Grab terbabit.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 22 Jul 2019

Neelofa Launches UK-Based Premium Merchandise with ‘LofaBrand’

Neelofa sets to conquer UK with ‘LofaBrand’, a collaboration with Coolulu.

Featured Tue, 30 Nov 2021
Featured Mon, 19 Dec 2022

[VIDEO] ‘Jauh Hati’ Ceritakan Episod Hitam Dalam Perkahwinan Shila Amzah – “Lirik Ditulis Sehari Sebelum Saya Keluar Rumah”

Lirik lagu yang sangat mendalam maksudnya 🥲 ‘Patut rasa banggalah, siapa lagi nak buat lagu pasal dia?’ – Shila Amzah

error: Content is protected !!