Featured By: Attiqah Mohd March 25, 2021 @ 7:25pm

Diskaun 50% Saman Bermula Hari Ini Sehingga 11 April, Cara Mohon

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador hari ini telah melancarkan aplikasi portal MyBayar Saman untuk memudahkan orang ramai membayar saman trafik dengan lebih pantas.

Bersempena dengan pelancaran aplikasi ini, orang ramai akan diberikan diskaun sehingga 50% bagi bayaran saman trafik.

Menerusi aplikasi ini, tiada caj perkhidmatan dikenakan malah orang ramai hanya perlu melakukan tiga iaitu Pendaftaran, Semakan dan Pembayaran.

  • Pendaftaran – pengguna perlu masukkan maklumat diri, isikan OTP dan log masuk portal/aplikasi
  • Semakan – pengguna boleh semak saman yang perlu dibayar. Notifikasi saman akan dipaparkan sekiranya ada saman baru
  • Pembayaran – pengguna boleh pilih mod transaksi di laman Pembayaran untuk melangsaikan saman.

Walaubagaimanapun, diskaun ini hanya boleh digunakan dalam tempoh 18 hari iaitu bermula hari ini, 25 Mac sehingga 11 April 2021.

Diskaun ini juga adalah terhad dan tidak boleh digunakan bagi mereka yang melakukan kesalahan berikut :

  • Memandu di lorong kecemasan
  • Memandu melebihi had laju
  • Menggunakan telefon bimbit ketika memandu
  • Memotong barisan di jalan raya
  • Tidak mematuhi lampu syarat

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 13 Apr 2020
Trending Thu, 29 Nov 2018

Telepas Destinasi Akibat Juruterbang Tertidur

terlepas destinasi di Australia hampir 50 kilometer selepas juruterbangnya tertidur di dalam kokpit

Selebriti Tue, 12 Sep 2023
Trending Thu, 1 Mar 2018

Traditional Chinese Cough Medicine Becomes Top Seller in New York

Ang mohs seem to be obsessing over Asian things lately and the price for one bottle of this cough medicine is way too expensive!