Trending By: SGMS Enal September 15, 2019 @ 3:47pm

Ditampar Kerana Persoal Parking Kereta !

Masalah kekurangan ‘parking’ sering dialami oleh kebanyakan daripada kita terutamanya di kawasan tumpuan seperti kompleks membeli-belah. Disebabkan ruang tempat letak kereta yang terhad dan sentiasa dipenuhi dengan kenderaan lain, terdapat segelintir individu tak bertanggungjawab ‘mengecop’ parking terlebih dahulu.

Kejadian ini sudah acap kali berlaku dan turut dikongsi oleh salah seorang individu yang mengalami pengalaman yang sama menerusi Twitter miliknya. Shafika menceritakan situasi tegang itu dan menerima kecaman netizen yang rata-rata turut tidak berpuas hati.

Pemandu Myvi itu yang kesal terhadap sikap dipamerkan wanita berkenaan terus mempersoalkannya. Namun, wanita itu mendakwa bahawa petak parkir itu adalah kepunyaannya.

“Then bila dah sampai, dia pintas myvi tu & terus masuk parking & keluar kereta like nothing happens”

Sebagai warganegara Malaysia, menghormati orang lain tidak kiralah statusnya adalah sangat penting untuk diterapkan dalam diri. Kejadian yang berlaku ini boleh dijadikan tauladan kepada semua masyarakat di Malaysia untuk tidak bersikap mementingkan diri sendiri.

Kejadian seperti ini bukanlah kali pertama berlaku di Malaysia, malah telah beberapa kali dilaporkan di dalam media sosial. Namun, harus disedari bahawa perbuatan cop parkir merupakan kesalahan menurut Seksyen 50(3) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman penalti lebih RM2,000 atau sehingga RM4,000 atau penjara tidak lebih 12 bulan bagi kesalahan seterusnya.

Sumber: Shafika

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sat, 16 Mar 2019

“Hello Brother,” Lelaki Pertama Terkorban Dalam Insiden

“Hello Brother,” Lelaki Pertama Terkorban, Sapaannya Kepada Pengganas

Featured Thu, 19 Jan 2023
Trending Thu, 16 Jul 2020
Trending Tue, 4 May 2021

“Saya Sendiri Terkejut Apabila Tiba ke Lokasi Kemalangan…” – Achey

Bukan sekadar bergelar duta produk, malah pelawak popular, Achey menyemat tanggungjawab besar terhadap kepercayaan yang diberikan kepadanya. Ini termasuklah keprihatinannya berkejar ke lokasi kemalangan apabila lori membawa muatan produk wangian, SugarBomb yang dianggarkan bernilai RM100,000 […]

Hiburan Thu, 29 Sep 2022
Featured Wed, 6 Apr 2022